Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 12 November 2012

J 108 Betapa luasnya Nikmat Allah SWT


“Ketahuilah bahawa segala yang dicari oleh setiap orang adalah nikmat. Akan tetapi kenikmatan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat kelak dan segala nikmat selainnya akan lenyap”.

“Barangsiapa tidak mensyukuri yang sedikit maka dia tidak akan mensyukuri atas yang banyak dan barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia tidak bersyukur kepada ALLAH. Menceritakan sebuah nikmat (yang didapati) kepada orang lain termasuk dari syukur dan meninggalkannya adalah kufur, bersatu adalah rahmat dan bercerai berai adalah azab”.
(HR. Ahmad dari An-Nu’man bin Basyir) <Madarijus Salikin, 2/248>”

Demikian banyak nikmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Tidak ada satupun manusia yang boleh menghitungnya, meski menggunakan alat secanggih apapun. Pernahkah kita berfikir, untuk apa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberikan demikian banyak nikmat kepada para hambaNya? Untuk sekadar menghabiskan nikmat-nikmat tersebut atau ada tujuan lain?

Luasnya Pemberian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

Sungguh betapa besar dan banyak nikmat yang telah dikurniakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada kita. Setiap hari silih berganti kita merasakan satu nikmat kemudian beralih kepada nikmat yang lain. Di mana kita terkadang tidak membayangkan sebelumnya akan terjadi dan mendapatkannya. Sangat besar dan banyak kerana tidak boleh untuk dibatasi atau dihitung dengan alat secanggih apapun di masa kini.

Semua ini tentunya mengundang kita untuk menyimpulkan betapa besar kurnia dan kasih sayang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada hamba-hambaNya. Dalam realiti kehidupan, kita menemukan keadaan yang memprihatinkan, iaitu majoriti manusia dalam keingkaran dan kekufuran kepada Pemberi Nikmat. Puncaknya adalah menyamakan pemberi nikmat dengan makhluk, yang keadaan makhluk itu sendiri sangat perlu kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Tentu hal ini termasuk dari kezaliman di atas kezaliman sebagaimana dijelaskan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di dalam firman-Nya:

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيْمٌ

“Sesungguhnya kesyirikan itu adalah kezaliman yang paling besar”.
(Luqman: 13)

Kendati demikian, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetap memberikan kepada mereka sebagian kurnia-Nya disebabkan “kasih sayang-Nya mendahului murka-Nya” dan membukakan bagi mereka pintu untuk bertaubat. Oleh sebab itu tidak ada alasan bagi hamba ini untuk:

- Ingkar dan kufur kepada Allah Subhanahu wa Taala serta menyamakan Allah Subhanahu wa Taala dengan makhluk-Nya yang sangat perlu kepada-Nya.

- Menyombongkan diri serta angkuh dengan tidak mahu melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Taala dan meninggalkan larangan-larangan-Nya atau tidak mau menerima kebenaran dan mengentengkan orang lain.

- Tidak mensyukuri pemberian Allah Subhanahu wa Taala.
 Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ

“Dan nikmat apapun yang kalian dapatkan adalah datang dari Allah.”
(An-Nahl: 53)

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا

“Dan jika kalian menghitung nikmat Allah niscaya kalian tidak akan sanggup.”
(An-Nahl: 18)

Pemberian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk Satu Tujuan yang Mulia
Dari sekian nikmat yang telah dikurniakan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Taala kepada kita, mari kita mencuba menghitungnya.

Sudah berapakah dalam kalkulasi kita nikmat yang telah kita syukuri dan dari sekian nikmat yang telah kita pergunakan untuk bermaksiat kepada-Nya. Jika kita menemukan kalkulasi yang baik, maka pujilah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kerana Dia telah memberimu kesempatan yang baik. Jika kita menemukan sebaliknya maka janganlah engkau mencela melainkan dirimu sendiri.

Setiap orang boleh mengatakan bahawa semua yang ada di dunia ini merupakan pemberian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Tahukah anda apa rahsia di balik pemberian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tersebut?

Ketahuilah bahawa kenikmatan yang berlimpah ruah bukanlah tujuan diciptakannya manusia dan bukan pula sebagai wujud cinta ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada manusia tersebut. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menciptakan manusia untuk sebuah kemuliaan baginya dan menjadikan segala nikmat itu sebagai perantara untuk menyampaikan kepada kemuliaan tersebut. Tujuan itu adalah untuk beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA saja, sebagaimana hal ini disebutkan dalam firmanNya:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka menyembah kepada-Ku”.
(Adz-Dzariyat: 56)

Bagi orang yang berakal akan berusaha mencari rahsia di balik pemberian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang berlimpah ruah tersebut. Setelah dia menemukan jawapannya, iaitu untuk beribadah kepada-Nya saja, maka dia akan mengetahui pula bahawa dunia bukan sebagai tujuan.

Sebagai bukti iaitu adanya kematian setelah hidup ini dan adanya kehidupan setelah kematian diiringi dengan persidangan dan pengadilan serta pembalasan dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Itulah kehidupan yang hakiki di akhirat nanti. Kesimpulan seperti ini akan mengantarkan kepada:

1. Dunia bukan tujuan hidup.

2. Kenikmatan yang ada padanya bukan tujuan diciptakan manusia, akan tetapi sebagai perantara untuk suatu tujuan yang mulia.

3. Semangat beramal untuk tujuan hidup yang hakiki dan kekal.

Ibnu Qudamah rahimahullahu menjelaskan: “Ketahuilah bahawa nikmat itu ada dua bentuk, nikmat yang menjadi tujuan dan nikmat yang menjadi perantara menuju tujuan. Nikmat yang merupakan tujuan adalah kebahagiaan akhirat dan nilainya akan kembali kepada empat perkara.

Pertama: Kekekalan dan tidak ada kebinasaan setelahnya,

Kedua: Kebahagian yang tidak ada duka setelahnya,

Ketiga: Ilmu yang tidak ada kejahilan setelahnya,

Keempat: Kaya yang tidak ada kefakiran setelahnya.

Semua ini merupakan kebahagiaan yang hakiki. Adapun bahagian yang kedua (dari dua jenis nikmat) adalah sebagai perantara menuju kebahagiaan yang disebutkan dan ini ada empat perkara:

Pertama: Keutamaan diri sendiri seperti keimanan dan akhlak yang baik.

Kedua: Keutamaan pada badan seperti kekuatan dan kesihatan dan sebagainya.

Ketiga: Keutamaan yang terkait dengan badan seperti harta, kedudukan dan keluarga.

Keempat: Sebab-sebab yang menghimpun nikmat-nikmat tersebut dengan segala keutamaan seperti hidayah, bimbingan, kebaikan, pertolongan, dan semua nikmat ini adalah besar.”
(Mukhtashar Minhajul Qashidin hal. 282)

Untaian Indah dari Ibnu Qudamah

“Ketahuilah bahawa segala yang dicari oleh setiap orang adalah nikmat. Akan tetapi kenikmatan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat kelak dan segala nikmat selainnya akan lenyap. Semua perkara yang disandarkan kepada kita ada empat macam:

Pertama: Sesuatu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat seperti ilmu dan akhlak yang baik. Inilah kenikmatan yang hakiki.

Kedua: Sesuatu yang memudaratkan di dunia dan di akhirat. Ini merupakan bala (kerugian) yang hakiki.

Ketiga: Bermanfaat di dunia akan tetapi memudaratkan di akhirat seperti berlazat-lazat dan mengikuti hawa nafsu. Ini sesungguhnya bala bagi orang yang berakal, sekalipun orang jahil menganggapnya nikmat. Seperti seseorang yang sedang lapar lalu menemukan madu yang bercampur racun. Bila tidak mengetahuinya, dia menganggap sebuah nikmat dan jika mengetahuinya dia menganggapnya sebagai malapetaka.

Keempat: Memudaratkan di dunia namun akan bermanfaat di akhirat sebagai nikmat bagi orang yang berakal. Contohnya ubat, bila dirasakan sangat pahit dan pada akhirnya akan menyembuhkan (dengan seizin Allah Subhanahu wa Taala).

Seorang anak bila dipaksa untuk meminumnya dia menyangka sebagai malapetaka dan orang yang berakal akan menganggapnya sebagai nikmat. Demikian juga bila seorang anak perlu untuk dibekam, sang bapa berusaha menyuruh dan memerintahkan anaknya untuk melakukannya. Namun sang anak tidak boleh melihat akibat di belakang yang akan muncul berupa kesembuhan.

(Begitupun) sang ibu akan berusaha mencegah kerana cintanya yang tinggi kepada anak tersebut kerana sang ibu tidak tahu tentang maslahat yang akan muncul dari pengubatan tersebut.
Sang anak menuruti apa kata ibunya. Hal ini disebabkan oleh ketidaktahuannya sehingga ia lebih menuruti ibunya daripada bapanya. Bersamaan dengan itu sang anak menganggap bapanya sebagai musuh. Jika sang anak berakal, nescaya dia akan menyimpulkan bahawa sang ibu merupakan musuh sesungguhnya dalam wujud teman dekat. Kerana larangan sang ibu untuk berbekam akan menggiringnya kepada penyakit yang lebih besar dibandingkan sakit kerana berbekam.

Kerana itu, teman yang jahil lebih berbahaya dari seorang musuh yang berakal. Dan setiap orang menjadi teman dirinya sendiri, akan tetapi nafsu merupakan teman yang jahil. Nafsu akan berbuat pada dirinya apa yang tidak diperbuat oleh musuh.”
(Minhajul Qashidin hal. 281-282)

Syukur dalam Tinjauan Bahasa dan Agama

Syukur secara bahasa adalah nampaknya bekas makan pada badan binatang dengan jelas. Binatang yang syukur ertinya: Apabila nampak padanya kegemukan kerana makan melebihi takarannya.

Adapun dalam tinjauan agama, syukur adalah: Nampaknya pengaruh nikmat Allah Subhanahu wa Taala atas seorang hamba melalui lisannya dengan cara memuji dan mengakuinya; melalui hati dengan cara meyakininya dan cinta; serta melalui anggota badan dengan penuh ketundukan dan ketaatan.
(Madarijus Salikin, 2/244)

Ada juga yang mendefinisikan syukur dengan makna lain seperti:

1. Mengakui nikmat yang diberikan dengan penuh ketundukan.


2. Memuji yang memberi nikmat atas nikmat yang diberikannya.


3. Cinta hati kepada yang memberi nikmat dan (tunduknya) anggota badan dengan ketaatan serta lisan dengan cara memuji dan menyanjungnya.


4. Menyaksikan kenikmatan dan menjaga (diri dari) keharaman.


5. Mengetahui kelemahan diri dari bersyukur.


6. Menyandarkan nikmat tersebut kepada pemberinya  dengan ketenangan.


7. Engkau melihat dirimu orang yang tidak pantas untuk mendapatkan nikmat.


8. Mengikat nikmat yang ada dan mencari nikmat yang tidak ada.

Masih banyak lagi definisi para ulama tentang syukur, akan tetapi semuanya kembali kepada penjelasan Ibnul Qayyim sebagaimana disebutkan di atas.

Yang jelas, syukur adalah sebuah istilah yang digunakan pada pengakuan/ pengetahuan akan sebuah nikmat. Kerana mengetahui nikmat merupakan jalan untuk mengetahui Zat yang memberi nikmat. Oleh kerana itu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menamakan Islam dan iman di dalam Al-Quran dengan syukur. Dari sini diketahui bahawa mengetahui sebuah nikmat merupakan rukun dari rukun-rukun syukur. (Madarijus Salikin, 2/247)

Apabila seorang hamba mengetahui sebuah nikmat maka dia akan mengetahui yang memberi nikmat. Ketika seseorang mengetahui yang memberi nikmat tentu dia akan mencintai-Nya dan terdorong untuk bersungguh-sungguh mensyukuri nikmat-Nya. (Madarijus Salikin, 2/247, secara ringkas)

Syukur Tidak Sempurna Melainkan dengan Mengetahui Apa yang Dicintai Allah Subhanahu wa Taala.

Ibnu Qudamah rahimahullahu menjelaskan: “Ketahuilah bahawa syukur dan tidak kufur tidak akan sempurna melainkan dengan mengetahui segala apa yang dicintai oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Sebab makna syukur adalah mempergunakan segala kurnia ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada apa yang dicintai-Nya, dan kufur nikmat adalah sebaliknya. Boleh juga dengan tidak memanfaatkan nikmat tersebut atau mempergunakannya pada apa yang dimurkai-Nya.”

Makna Syukur

Syukur memiliki tiga makna.

Pertama: Mengetahui (pemberian tersebut) adalah sebuah nikmat. Ertinya dia menghadirkan dalam benaknya, mempersaksikan, dan memilahnya. Hal ini akan boleh terwujud dalam benak sebagaimana terwujud dalam kenyataan. Sebab banyak orang yang jika engkau berbuat baik kepadanya namun dia tidak mengetahui (bahawa itu adalah perbuatan baik). Gambaran ini bukan termasuk dari syukur.

Kedua: Menerima nikmat tersebut dengan menampakkan perlu kepadanya. Dan bahawa sampainya nikmat tersebut kepadanya bukan sebagai satu keharusan hak baginya dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dan tanpa membelinya dengan harga. Bahkan dia melihat dirinya di hadapan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA seperti seorang tamu yang tidak diundang.

Ketiga: Memuji yang memberi nikmat. Dalam hal ini ada dua bentuk, iaitu umum dan khusus. Pujian yang bersifat umum adalah menyifati pemberi nikmat dengan sifat dermawan, kebaikan, luas pemberiannya, dan sebagainya. Pujian yang bersifat khusus adalah menceritakan nikmat tersebut dan memberitahukan bahawa nikmat tersebut sampai kepada dia kerana sebab Sang Pemberi tersebut. Sebagaimana firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

“Dan adapun tentang nikmat Rabbmu maka ceritakanlah.”
(Adh-Dhuha: 11) <Madarijus Salikin, 2/247-248>

Menceritakan Sebuah Nikmat Termasuk Syukur

Menceritakan sebuah nikmat yang dia dapatkan kepada orang lain termasuk dalam kategori syukur. Hal ini berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

مَنْ صَنَعَ إِلَيْهِ مَعْرُوْفًا فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ مَا يَجْزِي بِهِ فَلْيُثْنِ فَإِنَّهُ إِذَا أَثْنَى عَلَيْهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَإِنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ وَمَنْ تَحَلَّى بِمَا لَمْ يُعْطَ كَانَ كَلاَبِسِ ثَوْبَيْ زُوْرٍ

“Barangsiapa yang diberikan kebaikan kepadanya hendaklah dia membalasnya dan jika dia tidak mendapatkan sesuatu untuk membalasnya hendaklah dia memujinya. Kerana jika dia memujinya sungguh dia telah berterima kasih dan jika dia menyembunyikannya sungguh dia telah kufur. Dan barangsiapa yang berhias dengan sesuatu yang dia tidak diberi, sama halnya dengan orang yang memakai dua ­baju kedustaan”.
(HR. Abu Dawud no. 4179, At-Tirmidzi no. 1957 dari Jabir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhuma)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

“Dan adapun tentang nikmat Rabbmu maka ceritakanlah”.
(Adh-Dhuha: 11)

Menceritakan nikmat yang diperintahkan di dalam ayat ini ada dua pendapat di kalangan para ulama.

Pertama: Menceritakan nikmat tersebut dan memberitahukannya kepada orang lain seperti dengan ucapan: “ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah memberiku nikmat demikian dan demikian.”

Kedua: Menceritakan nikmat yang dimaksud di dalam ayat ini adalah berdakwah di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyampaikan risalah-Nya dan mengajarkan umat.
Dari kedua pendapat tersebut, Ibnul Qayyim rahimahullahu dalam Madarijus Salikin (2/249) mentarjih dengan perkataan beliau: “Yang benar, ayat ini mencakup kedua makna tersebut. Kerana masing-masingnya adalah nikmat yang kita diperintahkan untuk mensyukurinya, menceritakannya, dan menampakkannya sebagai wujud kesyukuran.”

Beliau berkata: “Dalam sebuah atsar yang lain dan marfu’ disebutkan:

مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيْلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيْرَ وَمَنْ لَمْ يَشْكُرِ النَّاسَ لَمْ يَشْكُرِ اللهَ، وَالتَّحَدُّثُ بِنِعْمَةِ اللهِ شُكْرٌ وَتَرْكُهُ كُفْرٌ وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ وَالْفُرْقَةُ عَذَابٌ

“Barangsiapa tidak mensyukuri yang sedikit maka dia tidak akan mensyukuri atas yang banyak dan barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia tidak bersyukur kepada Allah. Menceritakan sebuah nikmat (yang didapati) kepada orang lain termasuk dari syukur dan meninggalkannya adalah kufur, bersatu adalah rahmat dan bercerai berai adalah azab”.
(HR. Ahmad dari An-Nu’man bin Basyir) <Madarijus Salikin, 2/248>

Dengan Apa Seorang Hamba Bersyukur?
Ibnu Qudamah rahimahullahu menjelaskan: “Syukur boleh dilakukan dengan hati, lisan, dan anggota badan. Adapun dengan hati adalah berniat untuk melakukan kebaikan dan menyembunyikannya pada khayalak ramai. Adapun dengan lisan adalah menampakkan kesyukuran itu dengan memuji ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Ertinya, menampakkan keredhaan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Dan hal ini sangat dituntut, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

التَّحَدُّثُ بِالنِّعَمِ شُكْرٌ وَتَرْكُهُ كُفْرٌ

‘Menceritakan nikmat itu adalah wujud kesyukuran dan meninggalkannya adalah wujud kekufuran’.

Adapun dengan anggota badan adalah mempergunakan nikmat-nikmat Allah Subhanahu wa Taala tersebut dalam ketaatan kepada-Nya dan menjaga diri dari bermaksiat dengannya. Termasuk kesyukuran terhadap nikmat kedua mata adalah dengan cara menutup setiap aib yang dilihat pada seorang muslim. Dan termasuk kesyukuran atas nikmat kedua telinga adalah menutup setiap aib yang didengar. Penampilan seperti ini termasuk wujud kesyukuran terhadap anggota badan.” (Mukhtashar Minhajul Qashidin hal. 277)

Ibnul Qayyim rahimahullahu menjelaskan: “Syukur itu boleh dilakukan oleh hati dengan tunduk dan kepasrahan, oleh lisan dengan mengakui nikmat tersebut, dan oleh anggota badan dengan ketaatan dan penerimaan.” (Madarijus Salikin, 2/246)

Darjat Syukur

Syukur memiliki tiga tingkatan:

Pertama: Bersyukur kerana mendapatkan apa yang disukai.
Tingkat syukur ini boleh juga dilakukan orang Islam dan non Islam, seperti Yahudi dan Nasrani, bahkan Majusi. Namun Ibnul Qayyim rahimahullahu menjelaskan: “Jika engkau mengetahui hakikat syukur, dan di antara hakikat syukur adalah menjadikan nikmat tersebut membantu dalam ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Taala dan mencari redha-Nya, nescaya engkau akan mengetahui bahawa kaum musliminlah yang pantas menyandang darjat syukur ini.

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha telah menulis surat kepada Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu:

‘Sesungguhnya tingkatan kewajiban yang paling kecil atas orang yang diberi nikmat adalah tidak menjadikan nikmat tersebut sebagai jembatan untuk bermaksiat kepada-Nya’.”
(Madarijus Salikin, 2/253)

Kedua: Mensyukuri sesuatu yang tidak disukai. Orang yang melakukan jenis syukur ini adalah orang yang sikapnya sama dalam semua keadaan, sebagai bukti keredhaannya.
Ibnul Qayyim rahimahullahu menjelaskan: “Bersyukur atas sesuatu yang tidak disukai lebih berat dan lebih sulit dibandingkan mensyukuri yang disenangi. Oleh sebab itulah, syukur yang kedua ini di atas jenis syukur yang pertama. Syukur jenis kedua ini tidak dilakukan kecuali oleh salah satu dari dua jenis orang:

* Seseorang yang semua keadaannya sama. Ertinya, sikapnya sama terhadap yang disukai dan tidak disukai, dan dia bersyukur atas semuanya sebagai bukti keredhaan dirinya terhadap apa yang terjadi. Ini merupakan (gambaran) kedudukan redha.



* Seseorang yang boleh membezakan keadaannya. Dia tidak menyukai sesuatu yang tidak menyenangkan dan tidak redha bila menimpanya. Namun bila sesuatu yang tidak menyenangkan menimpanya, dia tetap mensyukurinya. Kesyukurannya (dia jadikan) sebagai pemadam kemarahannya, sebagai penutup dari berkeluh kesah, dan demi menjaga adab serta menempuh jalan ilmu. Kerana sesungguhnya adab dan ilmu akan membimbing seseorang untuk bersyukur di waktu senang maupun susah.
Tentunya yang pertama lebih tinggi dari yang kedua.
(Madarijus Salikin, 2/254)

Ketiga: Seseorang seolah-olah tidak menyaksikan kecuali Yang memberinya kenikmatan. Ertinya, bila dia melihat yang memberinya kenikmatan dalam rangka ibadah, dia akan menganggap besar nikmat tersebut. Dan bila dia menyaksikan yang memberi kenikmatan kerana rasa cinta, nescaya semua yang berat akan terasa manis baginya.

Manusia dan Syukur

Kita telah mengetahui bahawa syukur merupakan salah satu sifat yang terpuji dan sifat yang dicintai oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Akan tetapi tidak semua orang boleh mendapatkannya. Ertinya, ada yang diberi oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan ada pula yang tidak.
Manusia dan syukur terbagi menjadi tiga golongan:

Pertama: Orang yang mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Taala.

Kedua: Orang yang menentang nikmat yang diberikan alias kufur nikmat.

Ketiga: Orang yang berpura-pura syukur padahal dia bukan orang yang bersyukur.

Orang yang seperti ini dimisalkan dengan orang yang berhias dengan sesuatu yang tidak dia tidak miliki.
(Madarijus Salikin, 2/48)

Dalil-dalil tentang Syukur

وَاشْكُرُوا لِلهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُوْنَ

“Bersyukurlah kalian kepada Allah jika hanya kepada-Nya kalian menyembah.”
(Al-Baqarah: 172)

فَاذْكُرُوْنِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلاَ تَكْفُرُوْنِ

“Maka ingatlah kalian kepada-Ku nescaya Aku akan mengingat kalian dan bersyukurlah kalian kepada-Ku dan jangan kalian kufur”.
(Al-Baqarah: 152)

وَاعْبُدُوْهُ وَاشْكُرُوا لَهُ إِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ

“Dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya dan kepada-Nya kalian dikembalikan”.
(Al-’Ankabut: 17)

وَسَيَجْزِي اللهُ الشَّاكِرِيْنَ

“Dan Allah akan membalas orang-orang yang bersyukur”.
(Ali ‘Imran: 144)

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأَزِيْدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيْدٌ

“Dan ingatlah ketika Rabb kalian memaklumkan: Jika kalian bersyukur nescaya Kami akan menambah (nikmat Kami) dan jika kalian mengkufurinya sungguh azab-Ku sangat pedih”.
(Ibrahim: 7)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha ia berkata:

أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُوْمُ مِنَ اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ، فَقَالَتْ عَائِشَةُ: لِمَ تَصْنَعُ هَذَا يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَقَدْ غَفَرَ اللهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ؟ قَالَ: أَفَلاَ أُحِبُّ أَنْ أَكُوْنَ عَبْدًا شَكُوْرًا؟

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bangun di malam hari sampai pecah-pecah kedua kaki beliau lalu ‘Aisyah berkata: ‘Ya Rasulullah, kenapa engkau melakukan yang demikian, padahal Allah telah mengampuni dosamu yang telah lewat dan akan datang?’ Beliau menjawab: ‘Apakah aku tidak suka menjadi hamba yang bersyukur?”
(HR. Al-Bukhari no 4660 dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha)

Masih banyak dalil lain yang menjelaskan tentang keutamaan syukur dan anjuran dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan Rasul-Nya. Semoga apa yang dibawakan di sini mewakili yang tidak disebutkan.

Ancaman bagi Orang-Orang yang Tidak Bersyukur

Yang tidak bersyukur lebih banyak dari yang bersyukur. Hal ini tidak boleh dipungkiri oleh orang yang berakal bersih. Sebagaimana orang yang ingkar kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA lebih banyak dari yang beriman. Demikianlah keterangan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di dalam firman-Nya:

وَقَلِيْلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُوْرُ

“Dan sedikit dari hamba-hambaKu yang bersyukur”.
(Saba`: 13)

Sebuah peringatan tentu akan bermanfaat bagi orang yang beriman. Di mana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah memperingatkan dari kufur nikmat setelah memerintahkan untuk bersyukur dan menjelaskan keutamaan yang akan di dapatinya sebagaimana penjelasan Al-Imam As-Sa’di rahimahullahu dalam tafsir beliau: “Jika seseorang bersyukur nescaya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan mengabadikan nikmat yang dia berada padanya dan menambahnya dengan nikmat yang lain.”

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأَزِيْدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيْدٌ

“Dan Rabb kalian telah mengumumkan jika kalian bersyukur nescaya Kami akan menambah (nikmat Kami) dan jika kalian mengkufurinya sungguh azab-Ku sangat pedih”.
(Ibrahim: 7)
Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullahu menjelaskan: “Jika kalian mengkufuri nikmat, menutup-nutupinya dan menentangnya maka (azab-Ku sangat pedih) iaitu dengan dicabutnya nikmat tersebut dan siksa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menimpanya dengan sebab kekufurannya. Dan disebutkan dalam sebuah hadits: ‘Sesungguhnya seseorang diharamkan untuk mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuatnya’.”
(Tafsir Ibnu Katsir, 2/637)

Syukur dan Sabar

Kita akan bertanya: “Jika engkau ditimpa sebuah musibah lalu engkau mensyukurinya, maka tentu pada sikap kesyukuranmu terdapat sifat sabar dan sifat redha terhadap musibah yang menimpa dirimu. Dan kita mengetahui bahawa redha merupakan sebahagian dari kesabaran. Sementara syukur merupakan buah dari sifat redha.”
Ibnul Qayyim rahimahullahu menjelaskan: “Syukur termasuk kedudukan yang paling tinggi dan lebih tinggi -bahkan jauh lebih tinggi- daripada kedudukan redha. Di mana sifat redha masuk dalam syukur, kerana mustahil syukur ada tanpa redha.”
(Madarijus Salikin, 2/242)

Kenapa Kebanyakan Orang Tidak Bersyukur?

Ibnu Qudamah rahimahullahu menjelaskan: “Makhluk ini tidak mau mensyukuri nikmat kerana padanya ada dua (sifat) iaitu kejahilan dan kelalaian. Kedua sifat ini menghalangi mereka untuk mengetahui nikmat. Kerana tidak tergambar bahawa seseorang akan boleh bersyukur tanpa mengetahui nikmat (sebuah pemberian). Jika pun mereka mengetahui nikmat, mereka menyangka bahawa bersyukur itu hanya sebatas mengucapkan alhamdulillah atau syukrullah dengan lisan. Mereka tidak mengetahui bahawa makna syukur adalah mempergunakan nikmat pada jalan ketaatan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.”
(Mukhtashar Minhajul Qashidin hal. 288)

Kesimpulan ucapan Ibnu Qudamah rahimahullahu adalah bahawa manusia banyak tidak bersyukur kerana ada dua perkara yang melandasinya iaitu kejahilan dan kelalaian.

Mengubati Kelalaian dari Bersyukur

Ibnu Qudamah rahimahullahu menjelaskan: “Hati yang hidup akan menggali segala macam nikmat diberikan. Adapun hati yang jahil (lalai) tidak akan menganggap sebuah nikmat sebagai nikmat kecuali setelah bala menimpanya. Caranya, hendaklah dia terus memandang kepada yang lebih rendah darinya dan berusaha berbuat apa yang telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu. Mendatangi tempat orang yang sedang sakit dan melihat berbagai macam ujian yang sedang menimpa mereka, kemudian berfikir tentang nikmat sihat dan keselamatan. Menyaksikan jenazah orang yang terbunuh, dipotong tangan mereka, kaki-kaki mereka dan diazab, lalu dia bersyukur atas keselamatan dirinya dari berbagai azab.”
(Mukhtashar Minhajul Qashidin hal. 290)

Wallahu a’lam.

Catatan kaki:
Demikianlah makna yang telah disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim (no. 4674) dari sahabat Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu.

Rujukan:

http://www.lailahaillallah.com/blog/page_2/




Tiada ulasan:

Catat Ulasan