Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 16 November 2012

J 125 Rahsia dan khasiat berzikir dalam kajian sains


FAKTA SAINS SEBENAR

“Otak yang terdiri daripada 15 billion sel (neuron) bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks. Sel-sel neuron yang dirangsang dengan sempurna, daya intelek dan fikiran akan tumbuh dan berkembang secara unik. Neuron adalah merupakan unit asas sel otak yang membawa impuls. Ia terdiri dari akson dan dendrit.”

Kepentingan Penjagaan Otak

Otak merupakan organ yang mengatur sebahagian besar pergerakan, sikap dan fungsi tubuh seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair di dalam tubuh dan kedudukan suhu tubuh seseorang.

Otak juga bertanggungjawab ke atas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan dan segala bentuk pembelajaran (melibatkan kehebatan fungsi otak kiri dan kanan).

Dari Sudut Islam Pula

Di dalam “Al-Wabil” yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:

- Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir

- Zikir melahirkan cinta sejati kepada ALLAH SWT dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta ALLAH SWT hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.

- Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.

- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada ALLAH SWT. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan ALLAH SWT menjadi Pelindung dan Pembantunya.

- Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah.

- Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai ALLAH SWT.

- Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.

- Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.

-Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.

- Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur.

- Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.

Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra’d Ayat 28 yang bermaksud:

“Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada ALLAH itu, jiwa menjadi tenang.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan