Wahai
para Salik, sedarlah, perbaikilah semua amalan kamu dengan sekuat tenaga.
Amatilah setiap zaman dengan cermat. Sebab ada zaman yang keburukannya banyak
dan kebahagiaannya sedikit, kesedihannya tersebar luas, kesusahannya banyak dan
keberkahannya sedikit.
Keterangan: “Habib Muhammad Alaydrus menasihatkan kita supaya bangun dari kelalaian, bangun dari mimpi mimpi keinginan, bangun dari kemalasan dan memeriksa segala amalan amalan yang telah lalu dan yang akan dilaksanakan supaya tujuannya harus benar-benar kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan Ikhlas terhadapnya. Tidak merasakan berat untuk melakukan ibadah yang wajib mahupun sunnah dengan menekankan sekuat-kuat tenaga melawan hawa nafsu yang akan menyerang untuk mengadakan alasan alasan, seperti, berat untuk menjalankan ibadah, penat, mengantuk, suka berkata nantilah, ada urusan lain yang lebih penting, melayan tetamu datang tapi belum datang lagi, sakit kepala, sakit badan, sakit pinggang, bersenang senang dengan isteri dan anak anak dan sebagainya. Alasan, Alasan dan Alasan. Yang sebenarnya alasan adalah keinginan diri untuk sesuatu niat, hakikatnya ingin menipu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bagi sesiapa yang dapat melihatnya. Nauzubillah . . .
Jangan ada di antara kita yang mempunyai atau tanpa disedari cuba-cuba nak menipu, memasang jerat, tipu daya kepada Yang Maha Mengetahui. “Lihatlah zaman-zaman yang sudah berlalu dan zaman apa yang kita berada sekarang dan pada zaman yang akan datang (penghabisan). Di mana setiap zaman ada mengandungi rahsia ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang telah dilihatkan kepada mereka dan kita. Hendaklah mengerti bahawa zaman kenabian dan kerasulan sudah berlalu yang penuh dengan kerahmatan dan keberkahan. Zaman sekarang penuh dengan kerosakkan dan fitnah di mana manusia tidak mahu lagi berdampingan dengan pewaris-pewaris nabi dan tidak mahu menimba ilmu dari mereka yang diberikan ilmu pengetahuan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sangat murka pada masa sekarang kerana manusia tidak lagi bersandar kepada Kekuasaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, percaya adanya Tuhan tetapi meletakkan tepi Tuhan seperti meletakkan barang berharga di tempat perhiasan. Mereka lebih senang pada mengumpulkan harta dunia sebagai keselamatan kehidupan, mereka lebih rela mengejar dunia dengan keinginan-keinginan yang tidak kekal hingga sanggup mengetepikan perintah dan larangan Tuhan. Mereka menekankan mustahaknya pelajaran anak-anak mereka di sekolah yang boleh menjaminkan masa hadapan mereka dan anak-anak kerana mengharap dan yakin kepada anak-anak akan menjaga mereka bila tua nanti. Kerahmatan dan Keberkahan tidak lagi menjadi agenda utama manusia untuk mendapatkannya buat bekalan di kampung yang kekal kelak. Hanya kerahmatan dan keberkahan saja yang tinggal di zaman kita sekarang yang masih dilimpahkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada mereka yang ingat padaNya. Selepas itu zaman yang penuh kerosakkan merebut kuasa dan mengumpul harta dunia dan menzalimi manusia sejagat. Setiap hari kita lihat berita di TV tetapi tidak dapat menangkap pesanan yang disampaikan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tapi kita boleh faham akan pesanan dari pemberita. Tunggulah bencana daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pasti datang dan mengenai pada mereka yang bersandar selain daripadaNya.” Dikatakan bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mewahyukan kepada salah seorang nabi as, “Jangan mencari harta dan berkeluarga di zaman yang penuh bencana.”
Oleh
kerana itu orang yang berakal harus sedar dan berhati hati, berusahalah untuk
mendekatkan diri kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dengan
segenap kemampuan supaya terlepas dari bencana. Sesungguhnya yang menjerumuskan
(memasukkan) manusia ke dalam berbagai bencana ini tak lain ada Kelalaian,
Pengabdian Pada Dunia & Makhluk, berpalingNya kamu daripada ALLAH Yang Maha
Tinggi dan keinginan kuat untuk dekat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tanpa diiringi amal yang
memadai. Disebabkan itulah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA murka dan tidak memberikan berkah pada bumi
sehingga alam porak peranda dan keadaan makhlukpun terjatuh. Keterangan:
“ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA melarang
dari mengumpul harta dan berkeluarga di zaman penuh bencana, bermaksud; bila
seseorang asyik mengumpulkan harta hingga lalai dan lupa untuk mengabdikan diri
kepada Tuhan. Larangan berkeluarga adalah; bila seseorang yang berkeinginan
untuk menuju kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA, maka
keluarganya sebagai musuhnya sebagai alat yang digunakan syaitan untuk
menghalang perjalanan menuju kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.” “Bila ada kesedaran datang yang
keinginan kuat untuk dekat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetapi tidak mahu pergi belajar
mendalami adab-adab hamba kepada TuhanNya. Hanya beribadah mengikut pak turut
aje.” Para ulama berkata; “Jika ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berpaling dari makhluk, Ia
jadikan alam ini gelap gelita, maka lenyaplah (hilanglah) kesenangannya,
padamlah cahayanya, hancurlah hati manusia, menjadi buruk keadaan mereka,
lenyaplah amanah, hilanglah rasa cinta kasih, membumbung tinggi harga harga,
orang jahat berkuasa, berkuranglah keuntungan para pedagang, orang berakal
menjadi bingung menyaksikan peristiwa-peristiwa yang belum pernah terjadi
sebelumnya dan bumi porak peranda dan tak ramah kepada penghuninya.
Segala
bencana ini terjadi disebabkan dosa-dosa manusia; kerana manusia melanggar
laranganNya dan mengabaikan perintahNya. Ingatlah, ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dapat
menyegerakan atau menunda siksaNya. Siksa yang disegerakan adalah seperti
disebutkan. Adapun siksa yang ditunda adalah siksa yang dijanjikan di akhirat
kelak. Orang yang cerdas fikirannya seharusnya bangkit dari tidurnya dan
mencurahkan semua tenaga untuk beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Semoga ketika manusia ditimpa
siksa dan bencana maka ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dengan rahmatNya
menyelamatkan mereka yang bersungguh-sungguh berkhidmat kepadaNya. Ingatlah,
bencana yang diturunkan akan menimpa semua manusia; Yang Taat apalagi yang
durhaka. Maka bersabarlah atas pahitnya Qadak dan pedihnya bala. Perbuatan
paling yang sering dilakukan yang menyebabkan manusia kena timpa berbagai
bencana adalah amalan yang datang dari hati yang penuh kedengkian dan riak
terutama jika amalan itu dikerjakan oleh seorang ahli zuhud atau ahli ilmu. ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA
berfirman kepada Bani Israil;
“Kamu belajar bukan untuk
diamalkan. Kamu bersihkan minuman kamu dari kotoran tapi makanan haram sebesar
gunung kamu telan. Kamu memakai pakaian dari bulu kambing tapi menyembunyikan
nafsu serigala. Kerana itu demi keagunganKu, Aku bersumpah akan menimpakan
kepada kamu fitnah yang dapat menyesatkan pemikiran para ahli fikir dan
hikmah.”
Berfikirlah
kamu, dekatkanlah diri kamu kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA disaat senang bukan pada disaat
susah saja. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA akan
mengingatkan kamu ketika kamu menghadapi kesulitan. Sesungguhnya Allah swt amat
mengasihi dan menyayangi hambaNya dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak akan melupakan mereka
kecuali jika mereka yang melupakanNYA. Barangsiapa mengingatKu, Aku akan
mengingatnya. Barangsiapa beriman kepadaKu dengan benar dan ikhlas, hendaknya
bertawakal kepadaKu dengan benar dan ikhlas. Sehingga cukuplah Aku
sebagai pelindung dan pemberi pahala.
Rujukan :
http://www.slideshare.net/MuhammadFahmi4/rahsia-ilmu-kaum-muqarrabin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan