Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 15 November 2012

J 121 Ya Allah, Berilah hidayah dan kemenangan kepada umat Islam

Daripada Tsauban ra berkata: RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM  bersabda; 

“Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai RASULULLAH?” NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” 
(H.R. Abu Daud) 

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. 

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit ‘wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan ‘takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. “Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. 


Kita berdoa agar ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. In syaa ALLAH.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan