Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 16 November 2012

J 128 DUA PULUH DUA Hadis berkaitan dengan dosa


1. Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu durhakai.
(HR. Aththusi)

2. Perbuatan dosa mengakibatkan sial terhadap orang yang bukan pelakunya. Kalau dia mencelanya maka boleh terkena ujian (cubaan). Kalau menggunjingnya dia berdosa dan kalau dia menyetujuinya maka seolah-olah dia ikut melakukannya.
(HR. Ad-Dailami)

3. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya. Tiada dua orang saling mengasihi lalu bertengkar dan berpisah kecuali kerana akibat dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya.
(HR. Ad-Dailami)

4. Celaka orang yang banyak zikrullah dengan lidahnya tapi bermaksiat terhadap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan perbuatannya.
(HR. Ad-Dailami)

5. Barangsiapa mencari pujian manusia dengan bermaksiat terhadap Allah maka orang-orang yang memujinya akan berbalik mencelanya.
(Ibnu Hibban)

6. Tiada sesuatu yang dapat menolak takdir kecuali doa, dan tiada yang dapat menambah umur kecuali amal kebajikan. Sesungguhnya seorang diharamkan rezeki baginya disebabkan dosa yang diperbuatnya.
(HR. Tirmidzi dan Al Hakim)

7. Tiada seorang hamba ditimpa musibah baik di atasnya mahupun di bawahnya melainkan sebagai akibat dosanya. Sebenarnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah memaafkan banyak dosa-dosanya. Lalu Rasulullah membacakan ayat 30 dari surat Asy Syuura yang berbunyi : “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Dan ALLAH memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
(Mashabih Assunnah)

8. Apabila suatu kesalahan diperbuat di muka bumi maka orang yang melihatnya dan tidak menyukainya seolah-olah tidak hadir di tempat, dan orang yang tidak melihat terjadinya perbuatan tersebut tapi rela maka seolah-olah dia melihatnya.
(HR. Abu Daud)

9. Barangsiapa meninggalkan maksiat terhadap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kerana takut kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA maka ia akan memperoleh keredhaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

10. Jangan mengkafirkan orang yang solat kerana perbuatan dosanya meskipun (pada kenyataannya) mereka melakukan dosa besar. Solatlah di belakang tiap imam dan berjihadlah bersama tiap penguasa.
(HR. Ath-Thabrani)

11. Jangan menyiksa dengan siksaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (ertinya: menyiksa dengan api).
(HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)

12. Apabila ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menghendaki kebaikan bagi seseorang maka dipercepat tindakan hukuman atas dosanya (di dunia) dan jika ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menghendaki bagi hambanya keburukan maka disimpan dosanya sampai dia harus menebusnya pada hari kiamat. 
(HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)

13. Apabila kamu menyaksikan pemberian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dari material dunia atas perbuatan dosa menurut kehendakNya, maka sesungguhnya itu adalah uluran waktu dan penangguhan tempoh belaka. Kemudian Rasulullah Saw membaca firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam surat Al An’am ayat 44 : 

“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu, mereka terdiam berputus asa.”
(HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)

14. Sayyidina Ali Ra berkata: “Rasulullah menyuruh kami bila berjumpa dengan ahli maksiat agar kami berwajah masam.”
(HR. Ath-Thahawi)

15. Bagaimana kamu apabila dilanda lima perkara? Kalau aku (Rasulullah Saw), aku berlindung kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA agar tidak menimpa kamu atau kamu mengalaminya.

(1) Jika perbuatan mesum dalam suatu kaum sudah dilakukan terang-terangan maka akan timbul wabah dan penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa orang-orang terdahulu.
(2) Jika suatu kaum menolak mengeluarkan zakat maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan menghentikan turunnya hujan. Kalau bukan kerana binatang-binatang ternak tentu hujan tidak akan diturunkan sama sekali.
(3) Jika suatu kaum mengurangi takaran dan timbangan maka Allah akan menimpakan paceklik beberapa waktu, kesulitan pangan dan kezaliman penguasa.
(4) Jika penguasa-penguasa mereka melaksanakan hukum yang bukan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan menguasakan musuh-musuh mereka untuk memerintah dan merampas harta kekayaan mereka.
(5) Jika mereka menyia-nyiakan Kitabullah dan sunah Nabi maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjadikan permusuhan di antara mereka.
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

16. Tiada seorang berzina selagi dia mukmin, tiada seorang mencuri selagi dia mukmin, dan tiada seorang minum khamar pada saat minum dia mukmin.
(Mutafaq’alaih)

Penjelasan:
Ketika seorang berzina, mencuri dan minum khamar maka pada saat itu dia bukan seorang mukmin.

17. Aku beritahukan yang terbesar dari dosa-dosa besar. (Rasulullah Saw mengulangnya hingga tiga kali). Pertama, mempersekutukan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kedua, durhaka terhadap orang tua, dan ketiga, bersaksi palsu atau berucap palsu. (Ketika itu beliau sedang berbaring kemudian duduk dan mengulangi ucapannya tiga kali, sedang kami mengharap beliau berhenti mengucapkannya).
(Mutafaq’alaih)

18. Rasulullah Saw melaknat orang yang mengambil riba, yang menjalani riba dan kedua orang saksi mereka. Beliau bersabda: “Mereka semua sama (berdosanya)”.
(HR. Ahmad)

19. Ada empat kelompok orang yang pada pagi dan petang hari dimurkai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Para sahabat lalu bertanya, “Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?” Beliau lalu menjawab, “Lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang menyetubuhi haiwan, dan orang-orang yang homoseks.”
(HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)

20. Tiap minuman yang memabukkan adalah haram (baik sedikit mahupun banyak). 
(HR. Ahmad)

21. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyukai keringanan-keringanan perintahNya (rukhsah) dilaksanakan sebagaimana Dia membenci dilanggarnya laranganNya.
(HR. Ahmad)

22. Ada tiga jenis orang yang diharamkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA masuk syurga, iaitu pemabuk berat, pendurhaka terhadap kedua orang tua, dan orang yang merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya (ertinya, merelakan isteri atau anak perempuannya berbuat serong atau zina).
(HR. An-Nasaa’i dan Ahmad)

http://sabdaislam.wordpress.com/2009/12/06/30-akibat-berbuat-maksiat/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan