Tidak Ada Ilmu Rahsia.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA perintahkan Iqrak
(bacalah, Surah al Alaq) dan al Qalam (demi pen, surah al Qalam) dan ilmu
Dibahagi Dua:
1) Ilmu Fardhu ‘Ain dan
2) Fardhu
Kifayah.
Semua orang Islam diwajibkan menuntut ilmu (al hadith).
Dalam ilmu fardhu ‘Ain itu, Ilmu Tauhid adalah IBU segala ILMU.
Ilmu Tauhid
akan membuka Rahsia Alam Gaib dan Ilmu Fardhu Kifayah (sains, biologi,
chemistry, engineering) akan membuka Rahsia Alam Nyata (dengan penerokaan bumi,
dasar laut dan angkasa lepas). Itulah sahaja konsepnya.
Hari ini umat
Islam jahil Ilmu Fardhu ‘Ain dan jauh ketinggalan dalam Ilmu Fardhu Kifayah.
Dalam kitab Risalah Tauhid di sebut
“Nisbahnya dengan ilmu yang lain ialah ilmu yang dibangsakan kepada agama Islam yang paling utama sekali. Dan kelebihannya iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain. Dan juga kerana Ilmu Usuluddin(Ilmu Tauhid) ini jadi asal bagi segala ilmu-ilmu yang lain yang wajib diketahui dan lagi kerana mulia audhu’nya(perbahasannya) iaitu Zat Tuhan dan Rasul. Dari itu jadilah ia semulia-mulia ilmu.”
Pada surah al-Kahf (18) ayat ke 17, ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berfirman,
“Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh ALLAH, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkanNya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.”
Sedangkan surah al-A’raf (7) ayat ke
286, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,
“Barangsiapa yang ALLAH sesatkan, maka ia tidak memiliki orang yang akan memberi petunjuk. Dan ALLAH membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kezaliman mereka.”
Demikian juga pada surah al-Zumar (35)
ayat ke 36-37, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,
“Dan barangsiapa yang disesatkan ALLAH, maka tidak ada seorangpun yang menjadi pemberi petunjuk baginya. Dan barangsiapa yang diberi petunjuk oleh ALLAH, maka tidak seorangpun yang dapat menyesatkannya. Bukankah ALLAH Maha Perkasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) mengazab?”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan