1. Rasulullah Saw bersabda bahawa Allah
‘Azza wajalla berfirman,
“Anak Adam mendustakan Aku padahal tidak
seharusnya dia berbuat demikian. Dia mencaci Aku padahal tidak seharusnya
demikian. Adapun mendustakan Aku adalah dengan ucapannya bahawa “Allah tidak
akan menghidupkan aku kembali sebagaimana menciptakan aku pada permulaan.”
Ketahuilah bahawa tiada ciptaan (makhluk) pertama lebih mudah bagiku daripada
mengulangi ciptaan. Adapun caci-makinya terhadap Aku ialah dengan berkata,
“Allah mempunyai anak.” Padahal Aku Maha Esa yang bergantung kepada-Ku segala
sesuatu. Aku tiada beranak dan tiada pula diperanakkan dan tidak ada seorangpun
setara dengan Aku.”
(HR. Bukhari)
2. Dalam hadits Qudsi dijelaskan bahwa
Allah Taala berfirman:
“Hai anak Adam, kamu tidak adil
terhadap-Ku. Aku mengasihimu dengan kenikmatan-kenikmatan tetapi kamu
membenciKu dengan berbuat maksiat-maksiat. Kebajikan kuturunkan kepadamu dan
kejahatan-kejahatanmu naik kepada-Ku. Selamanya malaikat yang mulia datang melapor
tentang kamu tiap siang dan malam dengan amal-amalmu yang buruk, tetapi hai
anak Adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu
siapa yang disifatkan pasti kamu akan cepat membencinya.”
(Ar-Rafii dan Ar-Rabii’).
3. “Anak Adam mengganggu Aku,
mencaci-maki jaman (masa), dan Akulah jaman. Aku yang menggilirkan malam dan
siang.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
4. Allah Taala berfirman (dalam hadits
Qudsi) :
“Kebesaran (kesombongan atau
kecongkakan) pakaianKu dan keagungan adalah sarungKu. Barangsiapa merampas
salah satu (dari keduanya) Aku lempar dia ke neraka (jahanam).”
(HR. Abu Dawud)
5. “Berbaik sangka terhadap Allah
termasuk ibadah yang baik.”
(HR. Abu Dawud)
6. “Allah memiliki sembilan puluh
sembilan nama, seratus kurang satu. Barangsiapa memperhitungkannya dia masuk
syurga. (ertinya, mengenalnya dan melaksanakan hak-hak nama-nama itu).”
( HR. Bukhari)
7. Allah ‘Azza wajalla berfirman (hadits
Qudsi):
“Hai anak Adam, Aku menyuruhmu tetapi
kamu berpaling, dan Aku melarangmu tetapi kamu tidak mengindahkan, dan Aku
menutup-nutupi (kesalahan-kesalahan)mu tetapi kamu tambah berani, dan Aku
membiarkanmu dan kamu tidak mempedulikan Aku. Wahai orang yang esok hari bila
diseru oleh manusia akan menyambutnya, dan bila diseru oleh Yang Maha Besar
(Allah) dia berpaling dan mengesampingkan, ketahuilah, apabila kamu minta Aku
memberimu, jika kamu berdoa kepada-Ku Aku kabulkan, dan apabila kamu sakit Aku
sembuhkan, dan jika kamu berserah diri Aku memberimu rezeki, dan jika kamu
mendatangiKu Aku menerimamu, dan bila kamu bertaubat Aku ampuni (dosa-dosa)mu,
dan Aku Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasih.”
(HR. Tirmidzi
dan Al Hakim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan