Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 13 November 2012

J 116 SEPULUH SEBAB DOA DITOLAK

1. Kamu mengenal ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, namun tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu membaca al Quran, tapi kamu tidak mahu mengamalkan isinya.

3. Kamu mengakui bahawa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun dengan suka hati kamu mengikuti jejak dan perintahnya.

4. Kamu mengaku mencintai RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, tetapi kamu suka meninggalkan ajaran dan sunnahnya.

5. Kamu sangat menginginkan syurga, tapi kamu tak pernah melakukan amalan ahli syurga.

6. Kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kamu dengan senangnya sibuk dengan perbuatan ahli neraka.

7. Kamu mengaku bahawa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan kamu sendiri.

9. Kamu setiap hari memakan rezeki
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, tapi kamu lupa mensyukuri nikmatNya.


10. Kamu sering menghantar jenazah ke kubur, tapi tidak pernah menyedari bahawa kamu akan mengalami hal yang serupa.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan