Berikut adalah cara bila masa diikut panduannya in sya
ALLAH akan tetap pada jalan yang lurus :
1. Kamu harus ada satu tujuan yang hakiki (maksud)
atau vision yang sebenar di mana kamu harus benar di dalam mencapai tujuanmu
dan sanggup menghadapi apa saja halangan dan apa saja dugaan yang mendatang
asalkan kamu tidak membatalkan sendiri tujuan kamu. Harus mempunyai sikap
pengorbanan yang kukuh.
2. Berikan semangat (himmah/azam) yang sebanding
dengan tujuan tersebut. Hendaklah ada satu tekanan yang harus diberikan bila
mana keadaan memaksa kamu untuk mengabaikan dan melengahkan tujuan kamu.
Sekiranya kamu dibawa oleh kelalaian maka perbetulkan niat kamu. Niat kamu
harusnya yang hakiki bukan angan-angan.
3. Pasrahkanlah pekerjaan kamu kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Mohonlah supaya Dia berkenan menyempurnakan dan
memberikan keselamatan dan kejayaan. Serah segala tindak-tanduk kamu dan
bermohon kepadaNya untuk mendapatkan pertolongan dan kekuatan dariNya.
Rujukan :
http://www.slideshare.net/MuhammadFahmi4/rahsia-ilmu-kaum-muqarrabin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan