Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 1 Jun 2013

Bab 167 Sunnahnya Mencari Kawan Dalam Bepergian Dan Mengangkat Seorang Di Antara Yang Sama-sama Pergi Itu Sebagai Pemimpin Mereka Yang Harus Diikuti Oleh Peserta-peserta Perjalanan Itu




955. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma.katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Andai kata para manusia itu mengetahui bencana-bencana keduniaan dan keakhiratan  dengan sebab bepergian sendirian sebagaimana yang dapat saya ketahui, nescayalah tidak akan ada seorang pengendara yang pergi di waktu malam sendirian saja."
(Riwayat Bukhari)

956. Daripada 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari nenek lelakinya r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Seorang yang berkenderaan sendirian maksudnya pergi seorang diri tanpa kawan adalah seperti cara perginya syaitan, dua orang yang berkenderaan yakni pergi berduaan adalah seperti cara perginya dua syaitan, sedang tiga orang yang sama-sama bepergian adalah sepasukan dalam perjalanan," yang dapat bantu-membantu dan ini adalah baik serta tidak seperti cara perginya syaitan.

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud, Termidzi dan Nasa'i dengan isnad-isnad shahih dan Imam Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

* Orang yang berkenderaan atau bahasa Arabnya Arrakib, menurut asalnya bererti orang yang menaiki unta, tetapi lalu digunakan secara umum untuk setiap orang yang pergi berkenderaan. Maksud Hadis ini ialah bahawasanya menyendiri di waktu bepergian itu adalah termasuk kelakuan syaitan atau merupakan sesuatu yang menyebabkan mudah digoda oleh syaitan itu. Jadi Hadis ini adalah sebagai anjuran, agar supaya dalam bepergian itu sentiasa berkawan dengan orang lain, sedikitnya berjumlah tiga orang.

957. Daripada Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jikalau ada tiga orang yang keluar dalam bepergian, maka hendaklah mereka mengangkat seseorang di kalangan mereka sendiri itu untuk menjadi pemimpinnya."
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan.

958. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Sebaik-baik sahabat itu empat orang, sebaik-baik pasukan itu ialah empat ratus orang, sebaik-baik tentera induk pasukan itu ialah empat ribu orang dan jumlah dua belas ribu orang itu tidak akan terkalahkan dengan sebab sedikitnya." Jadi kalau kalah, tentulah kerana Iain-Iain, seperti timbulnya kesombongan, lemahnya semangat atau sebab-sebab lain lagi.

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan