940. Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang Bermaksud : "Diri seorang mukmin itu
tergantung kerana hutangnya, sehingga hutangnya itu dilunaskan." Maksudnya bahawa urusannya itu masih tidak
dapat diselesaikan, apakah ia selamat dari siksa atau akan binasa kerana siksa.
la tetap ditahan sampai hutangnya dipenuhi oleh keluarganya yang masih hidup.
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa, ini adalah Hadis hasan.
941. Daripada Hushain bin Wahwah r.a. bahawasanya Thalhah bin al-Bara' r.a. sakit, lalu
didatangi oleh Nabi s.a.w. perlu meninjaunya kemudian beliau s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya saya tidak
melihat Thalhah ini, melainkan ia sudah meninggal dunia. Maka dari itu,
semestinya beritahukanlah hal itu padaku dan segerakanlah memberikan perawatan
padanya sampai dimakamkan, sebab sesungguhnya saja tidak patut bagi mayatnya
seseorang Muslim itu kalau ditahan di antara keluarganya,"
maksudnya kalau mati siang, kuburkanlah pada siang itu juga, demikian pula
kalau malam, juga kuburkanlah pada malam itu juga.
(Riwayat
Abu Daud)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan