Allah Taala berfirman:
Yang Bermaksud : "Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu yakni yang datang
sesudah orang-orang yang dahulu sama mengucapkan: "Ya Tuhan kita,
ampunilah kita semua serta saudara-saudara kita yang telah mendahului kita
dengan keimanan."
(al-Hasyr:10)
945. Daripada Aisyah radhiallahu anha bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi
s.a.w.: "Sesungguhnya ibuku
itu meninggal dunia secara mendadak dan saya mengira andaikata ia dapat
berbicara tentu ia akan bersedekah. Adakah ibuku akan memperoleh pahala jikalau
saya bersedekah untuknya?" Beliau s.a.w. bersabda: "Ya."
(Muttafaq
'alaih)
946. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang manusia itu meninggal
dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara, iaitu sedekah
yang mengalir atau ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak
yang soleh lagi Muslim yang mendoakan padanya."
(Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan