Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 31 Mei 2013

Bab 165 Menangis Serta Takut Di Waktu Melalui Kubur-kuburnya Orang-orang Yang Menganiaya Dirinya Kerana Enggan Mengikuti Kebenaran Dan Tempat Turunnya Siksa Pada Mereka Itu Serta Menunjukkan Iftiqar Kita Kepada Allah Yakni Bahawa Kita Amat Memerlukan Bantuan Dan Pertolongannya Dan Pula Menakut-nakuti Dari Melalaikan Yang Tersebut Di Atas Itu




952. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabatnya, iaitu sewaktu mereka sampai di Hijir yakni perumahan kaum Tsamud dahulu:

Yang Bermaksud : “Janganlah engkau semua memasuki tempat orang-orang yang disiksa itu, melainkan engkau semua menangis. Jikalau engkau semua tidak dapat menangis di situ, maka janganlah memasuki tempat mereka, sehingga tidak akan mengenai kepadamu semua apa yang pernah mengenai diri mereka itu."
(Muttafaq 'alaih)

Dalam sebuah riwayat lain, disebutkan:
Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma berkata: "Ketika Rasulullah s.a.w. berjalan melalui Hijir, lalu beliau s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua memasuki tempat kediamannya orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri itu, kalau-kalau akan mengenai kepadamu semua sebagaimana apa yang pernah mengenai diri mereka yakni siksa Allah Taala, melainkan jikalau engkau semua dapat menangis."

Seterusnya beliau s.a.w. menutupi kepalanya dengan kain penutup dan mempercepat jalannya sehingga beliau s.a.w. melewati lembah Hijir tadi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan