942. Daripada Ali r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Kita semua sedang
mengantarkan seorang jenazah ke makam Baqi' al-Gharqad, lalu kita didatangi
oleh Rasulullah s.a.w., kemudian beliau s.a.w. duduk dan kitapun duduk di
sekelilingnya. Beliau s.a.w. membawa sebuah tongkat yang lengkung kepalanya
lalu beliau menundukkan kepalanya dan mulai membuat garis-garis halus di bumi
dengan tongkatnya itu. Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Tiada
seorangpun dari engkau semua itu, melainkan sudah ditentukan tempat duduknya
dari neraka dan tempat duduknya dari syurga." Para sahabat lalu berkata: "Ya Rasulullah, apakah kita tidak boleh
menyandarkan diri kita pada catatan kita itu?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Beramallah, kerana setiap orang itu
dipermudahkan jalannya untuk apa yang ia diciptakan untuknya" maksudnya
ialah jikalau memang ditakdirkan baik, maka mudah sekali orang itu melakukan
kebaikan, sedang jikalau ditakdirkan buruk, maka mudah pula meiakukan keburukan.
Selanjutnya Ali r.a. menyebutkan Hadis ini sampai habis.
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan