Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 1 Jun 2013

Bab 166 Kitab Adab-adab Kesopanan Bepergian Sunnahnya Keluar Pada Hari Khamis Dan Sunnahnya Pergi Di Permulaan Siang Hari




953. Daripada Ka'ab bin Malik r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. keluar pada hari peperangan Tabuk pada hari Khamis. Beliau s.a.w. itu memang suka sekali keluar bepergian pada hari Khamis.
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat kedua kitab shahih Bukhari dan Muslim disebutkan:

"Nescayalah sedikit sekali yakni jarang benar Rasulullah s.a.w. itu keluar bepergian, melainkan pada hari Khamis."

954. Daripada Shakhr bin Wada'ah al-Ghamidi as-Shahabi r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Ya Allah, berikanlah keberkahan kepada umatku pada waktu pagi harinya."
Rasulullah s.a.w. apabila hendak mengirimkan suatu pasukan yang beliau s.a.w. sendiri tidak menyertainya atau hendak mengirimkan tentera untuk peperangan, maka beliau s.a.w. mengiririmkannya yakni diberangkatkan di permulaan siang hari jadi pagi-pagi sekali.
Shakhr adalah seorang pedagang. la mengirimkan dagangannya itu selalu di permulaan siang hari, maka menjadi kayalah ia dan meluaplah serta banyaklah hartanya.

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud serta Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.










































Tiada ulasan:

Catat Ulasan