BERBAGAI fenomena alam yang berlaku
membuktikan keajaiban ciptaan Allah SWT yang tidak ada tolok bandingnya. Sekalipun
seluruh golongan jin dan manusia berganding bahu mengadakan sesuatu pasti
mereka tidak akan berjaya menciptakannya.
Contohnya fenomena gerhana matahari yang dikatakan berlaku paling lama di abad ke-21 ini, mengajak manusia untuk bertafakkur, berfikir akan kebesaran dan keagungan Allah SWT. Peristiwa penting ini juga seharusnya disusuli dengan melaksanakan ibadah solat sunat gerhana matahari sebagai bukti pengiktirafan terhadap kekuasaan Allah SWT.
Contohnya fenomena gerhana matahari yang dikatakan berlaku paling lama di abad ke-21 ini, mengajak manusia untuk bertafakkur, berfikir akan kebesaran dan keagungan Allah SWT. Peristiwa penting ini juga seharusnya disusuli dengan melaksanakan ibadah solat sunat gerhana matahari sebagai bukti pengiktirafan terhadap kekuasaan Allah SWT.
Hukum melaksanakan solat sunat gerhana matahari adalah Sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian. Waktunya bermula apabila nyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak disunatkan untuk melaksanakan solat itu.
Ia boleh dikerjakan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat biasa dan dimulai dengan niat “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala. Manakala yang lebih sempurna dilakukan dengan dua kali rukuk dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat. Pada rakaat pertama selepas membaca al-Fatihah, dibacakan Surah al-Baqarah atau mana-mana surah daripada al-Quran, lalu rukuk dan membaca tasbih sebanyak kira-kira 100 ayat al-Quran. Setelah itu bangun Iktidal, sekali lagi membaca Surah al-Fatihah dan Surah ali-Imran, atau mana-mana surah daripada al-Quran, lalu rukuk dengan membaca tasbih kira-kira 90 ayat al-Quran, kemudian iktidal dan sujud seperti biasa.
Pada rakaat yang kedua, selepas membaca al-Fatihah, dibaca pula Surah al-Nisa’ atau mana-mana surah, rukuk sambil membaca tasbih sebanyak 70 ayat al-Quran, Iktidal, kemudian membaca Surah al-Fatihah dan Surah al-Maidah atau surah-surah yang lain, rukuk lagi dengan membaca tasbih sebanyak 50 ayat al-Quran, iktidal, sujud sehinggalah mengucapkan salam.
Selain daripada itu disunatkan juga mandi untuk solat sunat gerhana seperti mandi sunat hari Jumaat. Jika solat berjamaah imam dikehendaki membaca secara perlahan disamakan hukumnya dengan solat pada waktu siang. Setelah selesai solat, imam dikehendaki pula membaca khutbah seperti khutbah hari raya cuma tidak disertai dengan ucapan takbir. Didalam khutbah itu imam hendaklah menyeru para jamaah supaya bertaubat, melaksanakan amalan kebajikan seperti bersedekah, mengingati manusia supaya tidak lalai dan leka dengan kemewahan dan tipu daya dunia yang sementara. Perlu juga dimaklumi menurut kitab fekah, solat ini hanya sunat dilakukan oleh sesiapa yang menyaksikannya.
Terdapat kepercayaan tertentu dikalangan sesetengah masyarakat, gerhana matahari berlaku dengan sebab matinya orang-orang tertentu. Kepercayaan khurafat ini seharusnya dibuang jauh-jauh kerana telah disangkal oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Diriwayatkan bahawa seorang daripada anak Nabi Muhammad SAW yang bernama Ibrahim meninggal dunia setelah 70 hari dilahirkan dan kebetulan berlaku gerhana matahari pada waktu itu. Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah
dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari
atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka
jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta
bersembahyanglah.”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
Diriwayatkan juga daripada Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah
dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh
Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana
lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian
melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sehingga perkara
yang menakutkan itu hilang.”
Begitulah indahnya ajaran Islam yang mulia, sehingga apabila berlaku gerhanapun kita diperintahkan untuk melakukan solat sunat sebagai tanda bersyukur, terselamat daripada bencana Tuhan. Ini kerana gerhana matahari merupakan amaran perubahan cuaca secara tiba-tiba oleh Allah SWT kepada manusia. Untuk itu umat Islam hendaklah sentiasa taat dan patuh mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Allah SWT berfirman yang maksudnya ;
“Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah
datangnya hari kiamat itu?. Maka (jawabnya: Hari kiamat akan datang) apabila
pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut). Dan bulan hilang
cahayanya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (Maka) pada hari itu,
berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan
diri?”
(Surah al-Qiyamah:ayat 6-10).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan