VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih adalah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang mereka. Ia disambut oleh pelbagai bangsa di dunia dengan cara memberikan hadiah tanda kasih-sayang dan cinta. Berbagai-bagai hadiah menjadi pilihan, ada yang menghadiahkan bunga, coklat dan lain-lain bagi menggambarkan situasi tersebut.
Namun ramai yang buat-buat tak tahu atau sengaja tak ambil tahu tentang sejarah disebalik sambutan itu. Kealpaan ini menyebabkan segelintir muda-mudi Islam terikut-ikut dengan budaya songsang yang jauh daripada nilai kasih sayang sebenar yang dipromosikan Islam.
Namun ramai yang buat-buat tak tahu atau sengaja tak ambil tahu tentang sejarah disebalik sambutan itu. Kealpaan ini menyebabkan segelintir muda-mudi Islam terikut-ikut dengan budaya songsang yang jauh daripada nilai kasih sayang sebenar yang dipromosikan Islam.
Dikatakan bahawa ketika Paderi St. Valentine dipenjarakan atas kesalahan menyebar ajaran Kristian di Rom dalam zaman pemerintahan Raja Claudius II, beliau telah jatuh cinta dengan anak seorang pegawai penjara di situ. Kerana kesalahannya menyebarkan agama Kristian dan turut terlibat dalam meloloskan banduan daripada penjara beliau telah dijatuhkan hukuman bunuh. Sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’.
Maka orang Kristian mengambil sempena 14 Februari setiap tahun untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. Penghormatan yang diberikan kepada paderi tersebut disamakan dengan pengorbanan yang pernah dilakukan oleh Jesus yang sanggup disalib demi menghapuskan dosa kaumnya.
Islam tidak pernah mempromosikan amalan berkasih sayang supaya disambut hanya pada hari-hari tertentu sahaja. Kasih sayang dalam Islam juga tidak terhad hanya kepada manusia malah merangkumi semua makhluk termasuk kepada haiwan. Ini kerana amalan berkasih-sayang telah diperkenalkan selari dengan tujuan pengutusan Nabi Muhamad SAW sebagai penyempurna akhlak manusia, yang pada ketika itu tergamak membunuh anak perempuan hidup-hidup juga sentiasa dalam suasana bergaduh dan berperang sesama sendiri.
Dalam Islam terdapat tiga kategori kasih; pertama, kasih mutlak dan tidak berbelah-bagi iaitu kasih kepada Pencipta; kedua, kasih kepada hamba dan ketiga, kasih makhluk kepada makhluk yang lain. Allah SWT berfirman dengan maksud
‘‘Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara."
(Surah Ali Imran: 103).
Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh Barat sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah untuk kebaikan bersama.
Mereka diseru untuk membantu kerajaan membina kekuatan negara melalui usaha berterusan melahirkan modai insan yang cemerlang dengan mengamalkan budaya saling hormat-menghormati dan berkasih sayang diantara sesama insan. Yang tua dihormati yang muda disayangi.
Tindakan sesetengah pemilik kedai dan pusat membeli-belah mempromosikan Hari Kekasih dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik juga wajar dihentikan, kerana mereka turut menyumbang kepada tradisi ini yang semakin diminati oleh muda-mudi masa kini.
Sambutan Hari Kekasih’ yang dibawa dari Barat tanpa disedari bertujuan untuk melalaikan dan merosakkan akhlak golongan muda Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang membimbangkan, pepatah merawat lebih baik daripada mengubati patut dihayati sebelum menular kepada penyakit yang lebih parah sehingga merosakkan akidah dan kehormatan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan