1- Makan harta anak yatim secara haram.
Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan
harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta
memohon maaf kepada anak yatim tersebut. Jika anat yatim tersebut memaafkan
perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim
tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus.
2- Menuduh wanita solehah berzina.
Orang yang menuduh wanita solehah
hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut
memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada
Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus
dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT.
3- Lari dari medan Jihad yang
memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka yang lari dari medan jihad adalah
mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah
Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW
terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.
4- Melakukan sihir.
Mereka belayar sihir dan pengamal sihir
adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada
Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada
kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau
menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT
dengan makhluk sama ada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari
atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan
mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan
hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang
hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau
menyengutukan Allah SWT.
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan
oleh Allah SWT.
Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah
dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah
SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek
Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah.
Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan