Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 28 September 2012

I 54 LIMA BELAS Penghormatan masjid yang wajib kita lakukan

1- Memberi salam ketika memasuki masjid.

2- Solat 2 rakaat sebelum duduk.

3- Tidak jual beli di dalamnya.

4- Tidak menghunus pedang di dalamnya.

5- Tidak mencari barangan yang hilang di dalam masjid.

6- Tidak meninggikan suara di dalamnya kecuali berzikir.

7- Tidak membincang urusan dunia di dalamnya.

8- Tidak melangkahi leher orang.

9- Tidak bertengkar atau berkelahi di dalamnya.

10- Tidak menyempitkan saf di dalamnya.

11- Jangan berjalan di hadapan muka orang sedang solat.

12- Tidak boleh berludah di dalamnya.

13- Jangan membunyikan jari-jari di dalamnya.

14- Membersihkannya dari najis dan kanak-kanak kecil, orang gila, dan tidak menegakkan hukum hudud di dalamnya.

15- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan tidak melalaikannya.


Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2 , M/S : 450.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan