Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 28 September 2012

I 58 Firman Allah swt Surah 53 : An Najm ( Bintang ) yang bermaksud :

1. Demi bintang ketika terbenam.

2. kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru.

3. dan tiadalah yang diucapkannya itu (al Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya.

4. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).

5. yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat.

6. yang mempunyai akal yang cerdas; dan (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli.

7. sedang dia berada di ufuk yang tinggi.

8. Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi.

9. maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi).

10. Lalu dia menyampaikan kepada hambaNya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan.

11. Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya[1429].
[1429]. Ayat 4-11 menggambarkan peristiwa turunnya wahyu yang pertama di gua Hira.

12. Maka apakah kaum (musyrik Mekah) hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya?

13. Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain,

14. (iaitu) di Sidratil Muntaha[1430].
[1430]. Sidratul Muntaha adalah tempat yang paling tinggi, di atas langit ke-7, yang telah dikunjungi Nabi ketika Mikraj.

15. Didekatnya ada syurga tempat tinggal,

16. (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.

17. Penglihatannya (muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya.

18. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.

19. Maka apakah patut kamu (hai orang-orang musyrik) menganggap al Lata dan al Uzza,

20. dan Manah yang ketiga, yang paling terkemudian (sebagai anak perempuan Allah)[1431]?
[1431]. Al Lata, al Uzza dan Manah adalah nama berhala-berhala yang disembah orang Arab Jahiliyah dan dianggapnya anak-anak perempuan Tuhan.

21. Apakah (patut) untuk kamu (anak) lelaki dan untuk Allah (anak) perempuan?

22. Yang demikian itu tentulah suatu pembahagian yang tidak adil.

23. Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah)nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka.

24. Atau apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya?

25. (Tidak), maka hanya bagi Allah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia.

CELAAN-CELAAN ALLAH KEPADA KAUM MUSYRIKIN YANG MENGHARAPKAN SYAFAAT DARI MALAIKAT


26. Dan berapa banyaknya malaikat di langit, syafaat mereka sedikitpun tidak berguna, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diredhai(Nya).

27. Sesungguhnya orang-orang yang tiada beriman kepada kehidupan akhirat, mereka benar-benar menamakan malaikat itu dengan nama perempuan.
(Surah 53 : An Najm – bintang )

28. Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran.
(Surah 53 : An Najm – bintang )

29. Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi.
(Surah 53 : An Najm – bintang )

30. Itulah sejauh-jauh pengetahuan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia pulalah yang paling mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.
(Surah 53 : An Najm – bintang )

31. Dan hanya kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga).
(Surah 53 : An Najm – bintang )

32. (iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.
(Surah 53 : An Najm – bintang )

33. Maka apakah kamu melihat orang yang berpaling (dari Al-Quran)?
(Surah 53 : An Najm – bintang )

34. serta memberi sedikit dan tidak mau memberi lagi?
(Surah 53 : An Najm – bintang )

35. Apakah dia mempunyai pengetahuan tentang yang ghaib, sehingga dia mengetahui (apa yang dikatakan)?
(Surah 53 : An Najm – bintang )

36. Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran- lembaran Musa?
(Surah 53 : An Najm – bintang )

37. dan lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji?
(Surah 53 : An Najm – bintang )

38. (iaitu) bahawasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain,
(Surah 53 : An Najm – bintang )

39. dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,
(Surah 53 : An Najm – bintang )

40. dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).
(Surah 53 : An Najm – bintang )

41. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna,
(Surah 53 : An Najm – bintang )

42. dan bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu),
(Surah 53 : An Najm – bintang )

43. dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,
(Surah 53 : An Najm – bintang )

44. dan bahawasanya Dialah yang mematikan dan menghidupkan,
(Surah 53 : An Najm – bintang )

45. dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita.
(Surah 53 : An Najm – bintang )

46. dari air mani, apabila dipancarkan.
(Surah 53 : An Najm – bintang )

47. Dan bahawasanya Dia-lah yang menetapkan kejadian yang lain (kebangkitan sesudah mati),
(Surah 53 : An Najm – bintang )

48. dan bahawasanya Dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan,
(Surah 53 : An Najm – bintang )

49. dan bahawasanya Dialah yang Tuhan (yang memiliki) bintang syi'ra[1432],
(Surah 53 : An Najm – bintang )
[1432]. Bintang Syi'ra ialah bintang yang disembah oleh orang-orang Arab pada masa Jahiliah.

50. dan bahawasanya Dia telah membinasakan kaum 'Aad yang pertama,
(Surah 53 : An Najm – bintang )

51. dan kaum Tsamud. Maka tidak seorangpun yang ditinggalkan Nya (hidup).
(Surah 53 : An Najm – bintang )

52. Dan kaum Nuh sebelum itu. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang paling zalim dan paling durhaka,
(Surah 53 : An Najm – bintang )

53. dan negeri-negeri kaum Luth yang telah dihancurkan Allah[1433].

54. lalu Allah menimpakan atas negeri itu azab besar yang menimpanya.
(Surah 53 : An Najm – bintang )

55. Maka terhadap nikmat Tuhanmu yang manakah kamu ragu-ragu?
(Surah 53 : An Najm – bintang )

56. Ini (Muhammad) adalah seorang pemberi peringatan di antara pemberi-pemberi peringatan yang terdahulu.
(Surah 53 : An Najm – bintang )

57. Telah dekat terjadinya hari kiamat.
(Surah 53 : An Najm – bintang )

58. Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu selain Allah.
(Surah 53 : An Najm – bintang )

59. Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini?
(Surah 53 : An Najm – bintang )

60. Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?
(Surah 53 : An Najm – bintang )

61. Sedang kamu melengahkan(nya)?
(Surah 53 : An Najm – bintang )

62. Maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia).
(Surah 53 : An Najm – bintang )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan