Muhammad Ibnu Dauri ra berkata, “Iblis
itu celaka kerana lima perkara :
1- Tidak pernah mengakui dosa yang
dilakukannya.
2- Tidak pernah menyesal setelah
melakukan perbuatan dosa.
3- Tidak pernah mencela dirinya (tidak
pernah merendahkan diri di hadapan makhluk Allah SWT) di atas dosa yang telah
dilakukan.
4- Tidak pernah berniat untuk bertaubat.
5- Putus asa daripada rahmat Allah SWT.
Nabi Adam as bahagia dan mulia kerana
lima perkara:
1- Mengakui dosa yang beliau telah
lakukan.
2- Menyesal di atas perbuatan dosa yang
telah dilakukan.
3- Mencela diri dan merendahkan diri
apabila melakukan dosa.
4- Segera bertaubat kepada Allah SWT
apabila tersilap melakukan dosa.
5- Tidak putus asa daripada Rahmat Allah
SWT.”
Kitab
Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 163
Tiada ulasan:
Catat Ulasan