Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 12 September 2012

H 129 SEMBILAN Tanda Kebesaran Allah SWT anugerahkan kepada Nabi Musa A.S.

الإسراء 101-111)
“Dan Kami telah memberikan Musa sembilan ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada mereka, dan Firaun berkata kepadanya, “Wahai Musa, aku menyangka kamu orang yang kena sihir.”


Batu yang mengeluarkan air apabila dipukul oleh Nabi Musa A.S.

Bukit terbakar apabila Nabi Musa A.S. bercakap dengan Allah SWT.

( ولقد آتينا موسى تسع آيات بينات فاسأل بنى إسرائيل إذ جاءهم فقال له فرعون إنى لأظنك يا موسى مسحورا )التفسير : 101 – ولو أوتى هؤلاء من الآيات ما اقترحوا لصرفوها عن وجهها، ولم يؤمنوا بها، ولقد آتينا موسى تسع آيات واضحات (1) ومع ذلك كفروا، وقال فرعون: إنى لأظنك مسحورا يا موسى. —–(1) هذه الآيات التسع:1- العصا. 2- اليد البيضاء. 3- الطوفان. 4- الجراد والضفادع والقمل والدم. 5- الجدْب ونقص الثمار. 6- فلق البحر. 7- انبجاس الماء من الحجر. 8- نتق الجبل كأنه ظلة. 9- خطابه لربه.

1- Tongkat.

2- Tangan bercahaya.

3- Ribut Taufan.

4- Tentera Allah SWT daripada belalang, katak, kutu dan darah.
“Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah – ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.” (7:133)

5- Kemarau dan mengurangkan hasil buah-buahan.

6- Membelah laut.

7- Mengeluarkan air dari celah-celah batu.
“Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, ‘Pukullah batu dengan tongkat kamu’; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. ‘Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan.’”
(2:60)

8- Membina dan mengukir rumah daripada bukit-bukit.

9- Bercakap dengan Allah SWT.


Sila rujuk kepada kitab-kitab tafsir untuk maklumat lebih lanjut, apa yang saya lontarkan disini sekadar untuk membuktikan kekuasaan Allah SWT dalam menganugerahkan  perkara-perkara luar biasa pada pandangan mata kasar manusia, sedangkan di sisi Allah SWT semuanya tidak mustahil, malah Wajib berlaku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan