Surah
Ali Imran, ayat :31.
Katakanlah:
“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi
dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
1. Mereka yang bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Syarat bertaubat:
a- Taubat yang Ikhlas.
b- Menyesal di atas perbuatan yang lalu.
c- Meninggalkan maksiat dengan kadar segera,
d- Bercita-cita tidak akan kembali kepada maksiat dan yang akan datang.
e- Bertaubat sebelum matahari timbul di sebelah barat.
f- Jika dosa ada kaitan dengan manusia, mesti memohon kemaafan daripadanya dan
berdoa kebaikan kepada mereka di waktu terlindung dari pandangan manusia.
2- Mereka yang mengikuti Sunnah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
3- Mereka yang berpegang pada agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
4- Mereka yang melakukan kebajikan.
5- Mereka yang merindui pertemuan dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
6- Mereka yang mendekati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan cara solat-solat sunat
dan orang yang banyak berdoa atau berzikir.
7- Mereka yang mempelajari Ilmu-Ilmu agama.
8- Mereka yang saling bercinta kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
9- Mereka yang banyak membersih dan berhias diri kerana ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
10- Mereka yang cinta kepada mereka yang memiliki akhlak mulia.
11-
Mereka yang mendekati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan perkara-perkara fardhu
dan mengawasi harta mereka.
12- Orang-orang yang bertakwa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
13- Mereka yang sangat bersabar.
14- Mereka yang sentiasa bertawakal kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan