Allah SWT telah menyebut dalam
kitab-kitabnya :
1-Sesiapa berpagi-pagi bersusah
memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.
2- Sesiapa mengeluh kerana ditimpa
mushibah, maka dia mengeluh di atas tindakan Allah SWT.
3- Sesiapa tidak menghirau daripada mana
datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia
memasuki neraka.
4- Sesiapa melakukan dosa sambil
tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.
5- Sesiapa sibuk memuaskan syahwat
semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada
Akhirat.
6- Sesiapa yang merendahkan diri
kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak di
matanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.
Kitab
Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S : 370.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan