Saiyidina
Hassan bin Ali ra, adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai oleh umat
Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullh saw. beliau adalah ibarat permata di
zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji.
Pada
suatu hari sedang Saiyidina Hassan duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba
datang seorang pemuda Badwi, lalu mencacinya dan juga kedua ibubapanya.
Anehnya, Saiyidina Hassan hanya mendengar sahaja tanpa sedikit pun berubah air
mukanya, atau membalas kata-katanya itu.
Saiyidina
Hassan berkata kepada orang itu: "Wahai Badwi, adakah engkau lapar atau
dahaga? atau adakah sesuatu yang merungsingkan hati engkau?" Tanpa
mempedulikan kata-kata Saiyidina Hassan, Badwi itu terus memaki hamunnya. Oleh
itu Saiyidina Hassan pun menyuruh pembantu rumahnya membawa uncang yang berisi
wang perak lantas diberikannya kepada Badwi itu dan berkata: "Wahai Badwi,
maafkanlah saya. Inilah sahaja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikannya
daripadamu."
Sikap
dan layanan Saiyidina Hassan itu akhirnya berjaya melembutkan hati Badwi
tersebut. Badwi itu menangis teresak-esak lantas sujud di kaki Saiyidina Hassan
dan berkata: "Wahai cucu baginda Rasulullah saw. maafkanlah aku kerana
berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja melakukan begini untuk menguji
kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda Rasulullh saw. yang aku kasihi.
Sekarang yakinlah aku bahawa engkau mempunyai budi pekerti yang mulia
sekali."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan