Ahad, 18 Mei 2014

Q 120 : CARA MENEGUR TERBAIK

Tersebutlah sebuah kisah di antara dua cucu Rasulullah saw, Saidina Hassan dan Hussin…
Alkisahnya begini, di suatu ketika, dua orang cucu Rasulullah yang amat tersohor lagi terbilang itu mengambil wuduk bersama-sama di suatu tempat. Ketika itu mereka masih kecil. Tiba-tiba, datang seseorang yang sudah berumur mengambil wuduk di kawasan yang sama. Nak dijadikan cerita, wuduk orang tua tersebut agak kurang sempurna. Hassan dan Hussin kebingungan memikirkan bagaimana harus ditegurnya perbuatan tersebut. Lalu mereka mengambil keputusan untuk bertanding wuduk siapakah yang paling sempurna, dengan menjadikan orang tua tersebut sebagai hakim. Akhirnya, orang tua tersebut perasan yang sebenarnya wuduk dialah yang tidak sempurna.
Sangat berhikmahkan Hassan dan Hussin menegur?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan