Manusia
berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada
manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan
di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara
yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di
dalam neraka Allah SWT.
Bagi
mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk
berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan
mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh
itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang
sia-sia.
Hikmah
Diam :
1.
Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2.
Perhiasan tanpa berhias.
3.
Kehebatan tanpa kerajaan.
4.
Benteng tanpa pagar.
5.
Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6.
Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7.
Menutupi segala aib.
Hadis-hadis
Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan
barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya."
( RW
ABU NAIM )
"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat,
maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam."
( RW
BUKHARI & MUSLIM )
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya."
(
RIWAYAT-TARMIZI )
Madah
Dari Hukama:
* BANYAK
DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA
KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG
BODOH YANG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI
ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
* KALAU ORANG
MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA
SENDIRI.
Manusia
tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik
ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik.
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada
kekuatan iman pada diri manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan