Bismillahir
rahmaanir rahiim ...
Daripada Ubay Bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, berliau berkata:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin membanyakkan
berselawat kepadamu. Dari itu, berapa banyakkah dari doaku perlu aku jadikan
untuk berselawat kepadamu?”
Rasulullah menjawab:
Rasulullah menjawab:
Terserah kepadamu.”
Aku pun berkata: “Adakah satu perempat darinya?”
Rasulullah menjawab:
“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih
baik bagimu.”
Aku berkata: “Adakah separuh daripadanya?”
Rasulullah menjawab:
“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih
baik bagimu.”
Aku berkata: “Adakah dua pertiga?”
Rasulullah menjawab:
“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih
baik bagimu.”
Aku pun berkata: “Aku jadikan semua doaku untukmu.”
Beliau pun bersabda:
“Sekiranya begitu, akan dicukupkan semua keinginanmu dan
diampuni semua dosamu.”
[Hadis
Riwayat at-Tirmidzi, 8/497, no. 2381. At- Tirmidzi berkata: Hadis ini hasan
sahih. Syaikh al-Albani berkata: Hasan, Shohih Sunan at-Tirmidzi, 5/457, no.
2457]
SUBHANALLAH..!!!
Mari perbanyak berselawat untuk Rasulullah di Malam Jumaat dan Hari Jumaat, semoga Baginda Nabi memberi syafaatnya pada kita semua di yaumul akhir, In Syaa Allah, Aamiin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan