Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 20 Mei 2014

R 3 : KIAMAT AKAN TERJADI SECARA TIBA-TIBA

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Abu Hurairah Radiyallahu'anha, bahawa Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam bersabda :

“Dan pasti akan berlakunya kiamat, sedangkan pada ketika itu dua orang lelaki sedang tawar menawar pakaian, maka mereka tidak sempat melakukan urusan jual beli dan tidak sempat melipatnya.

Dan pasti akan berlakunya kiamat, sedangkan pada ketika itu seorang lelaki telah memerah susu dari untanya, maka ia tidak sempat memakannya (meminumnya).

Dan pasti akan berlakunya kiamat, sedangkan pada ketika itu dia sedang membaiki dan memperelokkan kolamnya, maka ia tidak sempat memberi minum darinya.

Dan pasti akan berlakunya kiamat, sedangkan pada ketika itu dia sedang mengangkat makanan ke mulutnya, maka ia tidak sempat memakannya.”

Kesimpulan :

Kiamat akan berlaku secara mengejut (Tiba-tiba) tanpa disedari oleh manusia..

Maka bersegeralah bertaubat kepada ALLAH dan jangan menangguhkannya lagi kerana Malaikat Israfil sudahpun bersedia semenjak dahulu lagi untuk meniup angin sangkakala, hanya menunggu arahan daripada ALLAH Subhanahu Wa Taala.


SAMA JUGA DENGAN KEMATIAN - DATANG SECARA MENGEJUT

Semoga Kita Semua Sedang Dalam keadaan Beriman (Taubat) Ketika Kiamat Terjadi.

Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan