Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 24 Mei 2014

R 14 : DIALOG DENGAN PADERI – BAHAGIAN 2

(Jiran baru saja pulang selepas mendapat undangan dari gereja St. Peter Basilica, Vatican kerana ada urusan penting dan mesyuarat dengan 2500 orang bishop di suatu tempat yang dia enggan bagi tahu aku kat mana).
Aku; Apasal pakcik nampak sibuk je.Selalu outstation je, buat apa?Orang Islam pergi Haji, Mekah,Pakcik pergi Vatican pulak. Vatican ada buat haji jugak ke?
(Aku rasa macam nak ketawa, Haha....Saja je perli dia).
Bishop; Bagaimanakah kamu boleh ketawakan saya padahal setahun dua ini adalah haji yang terakhir bagi umat Islam.Kamu sudah berkahwin?
Aku; Belum lagi.Kenapa pakcik tanya?
(Ada hati nak tanya padahal dia dah tua nak mampos tapi tak kahwin-kahwin)
Bishop; sekarang ini adalah keturunan Islam yang terakhir melangsungkan perkahwinan. jika kamu tidak berumahtangga dalam masa setahun dua ini, kamu akan menyesal seumur hidup.Tidak ada lagi kesempatan untuk berumahtangga apabila Paus Roman Peter II dilepaskan dari rantai yang mengikatnya sejak sekian lama.Umat Islam sendiri yang membuatkan rantai itu terputus.
Aku; Ni apasal pulak yang terakhir haji la,kahwin la… Siapa Paus Roman Peter IItu.. yang terakhir jugak ke?
Bishop; Akan sampai masanya kami akan tanggalkan pakaian kami, kami tidak lagi perlukan semua ini.Kami pula yang akan menuntut segala hutang-hutang budi yang manusia ambil dari kami, sedangkan selama 1000 tahun kami bersabar kami tidak ambil sedikitpun nikmat kehidupan dari kamu, malah hanya cukup-cukup saja makan minum untuk jasad kami.Sekarang kamu akan membayar harga “dunia” yang kami binakan untuk kamu.Paus BenedictXVI sudah hampir selesai pekerjaannya.Sedikit lagi masa sebelum Vatican melepaskan “Penghulu Segala Paus.” Ya.Paus Roman Peter II.Dia adalah Paus yang paling hebat, Paus yang paling agung, Paus yang terakhir sebelum hari pengadilan (hari kiamat).Dia akan menunggu Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) datang.Habislah Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) nanti.
Aku; Sungguh misteri orang-orang pakcik ni.Kami Orang Islam percaya yang Nabi Isa a.s akan berpihak kepada Al-Masih Mahdi.Padahal orang-orang pakcik adalah pengikut Nabi Isa.Siapakah sebenarnya gereja sehingga Nabi Isa sendiri tidak berpihak kepada kristian? Macam mana dengan Paus? Apa kedudukan dia apabila Nabi Isa turun ke dunia nanti?
(Jiran tidak menjawab sepatah haram pun, dia hanya membisu dengan senyuman sinis)
Ini adalah bahagian yang paling menarik perhatian saya dan banyak pertanyaan saya sebelum ini yang kabur-kabur terjawab. Perhatikan kata-kata Bishop tersebut.
tidak ada lagi kesempatan untuk berumahtangga apabila Paus Roman Peter II dilepaskan dari rantai yang mengikatnya sejak sekian lama.Umat Islamsendiri yang membuatkan rantai itu terputus.
Rantai yang mengikatnya? Tidakkah anda perasan bahawa ada juga makhluk Allah yang telah dirantai sekian lama. Ya.Dialah yang orang-orang Islam namakan sebagai Al-Masih DAJJAL!

Sabda Rasullulah:

“Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah.”
Rekod Hadis Sahih Muslim

Adakah mungkin Paus Roman Peter II ini adalah Al-Masih DAJJAL? Saya pernah mengadakan perbincangan dengan seorang pengkaji, beliau mengatakan Umat Kristian percaya bahawa Paus Roman Peter II inilah yang akan menyelamatkan mereka dari Antichrist =Al-Masih DAJJAL. Tetapi pada pendapat saya, mungkin Paus Roman Peter II adalah Al-Masih DAJJAL. Umat Kristian akan terus sesat dan disesatkan oleh Paus Roman Peter II ini. Jika benar Paus Roman Peter II adalah Al-Masih DAJJAL, maka dia akan memerintah dunia melalui Baitul Muqaddis = Jurusalem sepertimana dalam ceramah Maulana Imran N. Hosein. Jika seseorang itu menjadi Pope, sudah pastilah pusat pemerintahannya akan berpusat di Vatican, bukan Baitul Muqaddis = Jurusalem. Macam mana ini?
Sebelum ini saya ada mendengar desas desus yang mengatakan pemerintahan Vatican akan berpindah ke Jurusalem tidak lama lagi, tetapi masa itu saya tidak tahu apa tujuan pemerintahan Pope dipindahkan ke Baitul Muqaddis = Jurusalem. Sekarang saya sudah dapat mengetahui kenapa perlu Vatican berpindah ke Baitul Muqaddis = Jurusalem. Ini kerana masanya sudah hampir dan The Last Pope akan dilantik dan memerintah dari sana! Paus Roman Peter II itu kemungkinan besar adalah Al-Masih DAJJAL, kerana dia akan memerintah dari Baitul Muqaddis = Jurusalem dan dirantai sejak sekian lama.
The Bible apparently indicates that very near the end of time, the Pope will actually quit Rome, and move to Jerusalem, in order to exercise control over the glorious holy mountain of God, which is the explicit stated goal of Satan.
Mungkin sesetengah penganut Kristian mengangap Vatican akan menyelamatkan mereka dari Antichrist. Tunggu dulu, perhatikan lambang salib di belakang Pope dalam gambar di bawah. Salib Terbalik yang melambangkan Antichrist = Al-Masih DAJJAL itu sendiri!
Aku; Tadi pakcik cakap pekerjaan Paus Benedict XVI dah nak selesai. Apa yang dia dah buat? Kenapa ada orang ganti dia? Apasal tak terus lead sampai kiamat jer?
Bishop; Paus sudah tua, jasad manusia ada usia tetapi jiwa tiada usia. Jiwa boleh diserahkan pada jasad yang masih hidup. Tiada masalah bagi mana-mana paus. Jika jasad mereka mati, jiwa mereka akan disambung oleh Paus yang seterusnya. Paus Pius XII yang terdahulu telah melahirkan seorang hamba. “Hamba yang telah diberikan oleh Paus satu kuasa yang akan menemui sesiapa sahaja.” Seseorang hamba yang akan menemui kamu tanpa jasad Paus di depan kamu. Hamba ini akan pergi ke setiap manusia yang bernyawa. Ya. Begitu pantas ia datang apabila bayi-bayi baru saja keluar dari rahim ibunya. Selepas itu hamba ini akan mengikut sehingga sejauh mana usia bayi-bayi itu. Dan hamba ini buta. Ia tidak mempunyai rupa. Ia juga tidak mempunyai nama.
Aku; Siapa hamba yang Paus Pius XII lahirkan tu? Ni pasal orang ke apa?
Bishop; Paus Pius XII pernah berkata, “Siapakah jasad tanpa jiwa dan siapakah jiwa tanpa jasad?” Pekerjaan para Paus telah membuatkan lidah-lidah manusia berkata “pecah dan perintah.” “Pecah dan perintah” telah diajar kepada kamu dengan perbezaan warna kulit, padahal kami menghasilkan ianya lebih halus lagi. “Pecah dan perintah” ke atas warna kulit kamu sudah dilakukan dengan meletakkan suatu kaum di suatu wilayah yang kamu kata ia negara. Selepas itu “pecah dan perintah” ke atas hati – hati kamu pula. Sungguh menakjubkan sehingga hari ini kamu masih memahami ia sebagai perbezaan warna kulit. Selain sahabat-sahabat Nabi Muhammad, hanya kami sahaja yang mengerti apa itu “demi tuhan yang jiwa Muhammad di tanganNya.” Sekarang ini ia telah menjadi “demi tuhan yang jiwa-jiwa manusia di tangan Paus.” Nabi Muhammad sungguh bijaksana. Nabi Muhammad hanya membenarkan wujud hubungan tuhan dan makhluknya, rasul dan umatnya, raja dan rakyatnya, ibubapa dan anaknya. Tidak wujud hubungan lain. Kami telah mewujudkan pelbagai hubungan manusia dengan watak kehidupan palsu. Contohnya sebuah perniagaan yang perlu ada orang yang bernama pengarah, timbalan, setiausaha, eksekutif dan lain-lain. Perbezaan watak inilah yang akan “pecah dan perintah.” Hati-hati kamu. Bodoh benar orang-orang Islam. Tidakkah mereka terfikir mengapa watak-watak ini tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad dahulu? Dan kamu juga diajar supaya merasa diri sebagai kaum yang bodoh, sekiranya tidak wujud semua watak-watak itu dalam kehidupan kamu.
Aku; Nanti kejap pakcik. Adakah ini yang dikatakan “hamba” Paus. Takda sebarang simbol pun seperti sebelum ni.
Bishop; Ada. Para paus telah menamakan “hamba” sebagai “Benedictine Order.” Ya. Benedictine Order. Ia sangat persis untuk mengetahui jiwa-jiwa manusia sama ada mereka akan menyembah tuhan Nabi Muhammad atau menyembah Lucifer ~ Iblis.
Aku; La… ingatkan orang tadi. Benedictine Order… Order… Adakah ia suatu seperti peraturan atau undang-undang?
Bishop; Benedictine Order adalah segala perkara di dunia ini yang tertulis di atas kertas. Kemudian kamu akan mengatakan ia sebagai ilmu. Maka terjadilah diri kamu seperti hari ini. Bukan mudah nak membuatkan kamu menerima ia sebagai ilmu.
Aku; Kenapa pakcik perlu buatkan kami menerima ia sebagai ilmu?
Bishop; Sebab ilmu itu sebenarnya adalah undang-undang. Ilmu adalah undang-undang untuk jiwa kamu dan undang-undang bertulis yang ada di dunia ini masih lagi sebagai undang-undang tetapi ia untuk jasad kamu. Contohnya ilmu sains.” Kenapa ia diajar kepada kamu dalam bentuk ia sebagai ilmu? Dan bukan ia diajar dalam bentuk undang-undang? Sudah pasti kamu tidak mahu belajar sebab kamu akan lihat ia sebagai suatu paksaan. Para Paus telah amanahkan “Benedictine Order” ini kepada United Nation (UN).
Aku; UNITED NATION (UN)??!!! PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU??!! Gila ke apa dunia ni? Mengarutlah pakcik. PBB kan selalu buat kebajikan, tolong negara miskin dan jadi rujukan mana-mana masalah negara-negara dunia ni. Pakcik jangan cakap sembarangan.
Bishop; “Benedictine Order is symbolize by the olive wheat and grain.” dan kamu lihat UN menggunakan simbol Benedictine dan para Paus telah membina perjuangan yang akan diselesaikan oleh Paus yang akan datang. (Perasan jugak aku yang logo PBB tuh memang ada simbol Benedictine. Planet bumi dekat dalam, di luarnya ada simbol mengelilingi bumi tu macam padi, bentuk gandum pun ada, macam daun zaitun pun ada… tapi ada dua, kanan dan kiri) Saya tahu apabila kamu mendengar United Nation, di fikiran kamu akan terbayang suatu kuasa besar dari sebesar-besar undang-undang sehingga sekecil-kecil undang-undang dilaksanakan.
Pertama kali Benedictine Order datang kepada kamu apabila kamu lahir saja, kena daftar sijil lahir, sehinggalah kamu mati kena daftar sijil mati, maka Benedictine Order terpisah dari kamu. Tidak kiralah undang-undang jenayah, undang-undang ekonomi, undang-undang jalan raya sekalipun.Apa sahaja di dunia ini yang namanya undang-undang ia adalah Benedictine Order.
Aku; Ah… Tak mungkin la pakcik. Bukan ke setiap negara ada peruntukan dan menggubal undang-undang sendiri? Macamana pakcik kata semua undang-undang dekat dunia ni milik gereja?
Bishop; Saya tidak menipu kamu. Lihat saja di mana-mana negara sekalipun, pada bendera, jata, mahkamah, perlembagaan dan apa saja yang seumpamanya mereka semuanya memakai simbol Benedictine. ‘Cantus’ dan Benedictine macam adik-beradik, mereka tidak boleh dipisahkan.
Aku; Undang-undang untuk jiwa? Kalau Benedictine Order untuk undang-undang jasad manusia dah ada simbol pada jata, bendera, perlembagaan semua tu.Benedictine Order untuk undang-undang jiwa manusia apa pulak?
Bishop; Ini adalah yang berat sekali bagi kamu. Katakanlah pada saya yang kamu tidak ingin mengetahuinya.
Aku; Tak kisah la hati saya pedih menerimanya. Pakcik cakap je la..
Bishop; Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya tidak membenarkan ilmu, sesuatu yang memberikan harga kepada diri sendiri. Maka kami hasilkan perkara-perkara yang berlawanan dengan Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya. Setiap perkara yang kamu lalui sehari-harian akan membentuk jiwa-jiwa kamu.
Semasa kamu kanak-kanak, kamu diajar menggunakan pancaindera, kamu diajar bagaimana sesuatu ilmu itu akan meresap di otak kamu. Kamu diajar membaca, menulis, mengira, mewarna, bermain, berlari. Selepas itu kamu akan ditanya, “Bila dah besar nanti nak jadi apa? Apa cita-cita kamu nanti?” Kamu diajar supaya menjawab “Bila saya dah besar saya nak jadi doktor, cita-cita saya menjadi peguamdan sebagainya.” Perbezaan jiwa belum wujud tetapi fungsi-fungsi watak sudah kamu fahami.
Selepas itu kamu akan diajar fungsi-fungsi ilmu. Bagaimana setiap ilmu akan bertindak mengikut maknanya sendiri. Kamu merasa kagum dan percaya ilmu. Selepas itu kamu akan dipisahkan dengan orang lain. Kamu diajar untuk menilai “pelajar pandai” dan “pelajar bodoh.” Pelajar pandai mendapat pujian, pelajar bodoh dimarahi oleh ibu mereka.
Ini adalah asas untuk memecah belahkan kamu,tetapi kamu diajar “perpaduan antara kaum” supaya kamu percaya warna kulit menyebabkan perpecahan. Padahal perbezaan ilmu adalah senjata. Ilmuyang berbeza maka pekerjaan kamu berbeza.Maka berbezalah duit kamu, berbezalah rumah kamu, berbezalah perhiasan kamu, berbezalah maruah kamu. Selepas itu kamu diajar “miskin kaya tiada beza sama sahaja.” Maka lupalah kamu bagaimana ia bermula.
Pelbagai masalah kehidupan direka, supaya pelbagai penyelesaian dapat direka, pelbagai penyelesaian direka supaya pelbagai ilmu dapat direka, pelbagai ilmu direka supaya pelbagai pekerjaan dapat direka, pelbagai pekerjaan direka supaya pelbagai taraf kehidupan dapat direka, pelbagai taraf kehidupan direka supaya pelbagai jiwa manusia dapat direka, pelbagai jiwa manusia direka supaya pelbagai maruah dapat direka, pelbagai maruah direka supaya pelbagai cara diri mereka akan dibeli. Maruah yang akan mengkafirkan semua orang Islam. Mereka yang kafir sememangnya telah kafir.
(Patutlah kadang-kadang aku tengok kat hotel-hotel, orang Islam yang kononnya smart, dengan selamba minum arak, maksudnya dia orang ni sebenarnya dah kafir la ye?)
(Kalau yang dah kafir tu memang takda orang peduli pun sebab mereka sememangnya begitu).
(Maknanya, kalau perempuan Islam yang sengaja tak pakai tudung, agak-agak tarafnya apa?).
Aku; Peh!! Teliti betul pekerjaan orang-orang pakcik. Tapikan, bagaimana ‘maruah’ boleh mengkafirkan orang-orang Islam? Apa buktinya? Bukannya kami takda otak nak menilai macam mana sesuatu keadaan itu untuk dinilai sebagai kafir.
Bishop; Benedictine Order telah berkuasa terhadap semua manusia di planet ini. Tiada sesiapa dapat melarikan diri. Malah manusia berebut-rebut memilikinya. Mereka sangat menyayangi diri sendiri, malah mereka akan mempertahankan maruah ini dengan apa cara sekalipun. Kami tak perlu buat apa-apapun. Percayalah! Seperti ‘cantus,’ kami juga memberikan pakaian yang indah kepada mereka ini. Mereka benar-benar sukakannya. Malah jika Paus berkata kepada mereka “pakaian ini adalah khidmat kamu kepadaku.” Mereka akan menafikannya! Bagaimanakah Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) dapat menyelamatkan mereka sedangkan Paus sendiri sudah mengatakan kebenaran?
Aku; Sedangkan Paus sendiri mengakui cakap macam tu dan dia orang tak layan, apatah lagi Al-Masih Mahdi! Dunia betul-betul mahu kiamat. Apa pakaian yang mereka pakai sampai dahsyat macam ni jadinya?
Bishop; Mereka adalah orang-orang yang memakai “tie” (tali leher). Itulah simbol “Benedictine Order.” Bukan itu saja. Apa saja “pekerjaan manusia yang didatangkan dengan pakaiannya adalah Benedictine Order!
Mereka orang yang kamu kata sebagai “golongan professional,” ”kolar putih dan kolar biru,” ”pakaian formal dan pakaian seragam,” semuanya berkhidmat untuk Benedictine Order. Lihat saja pakaian pelajar sekolah, doktor, ahli perniagaan, mereka semua sama sahaja. Walaupun pakaian di antara mereka berbeza tetapi fungsi mereka sama saja. Benedictine Order. Mereka semuanya tidak menyedari bahawa mereka sendiri menjayakan Benedictine Order. Semua manusia benar-benar telah dikuasai gereja.
Aku; Pelik bin ajaib! Apa yang telah berlaku sehingga berbilion-bilion orang telah bekhidmat untukPaus??!!
Bishop; Dulu dari kampung kamu, Malaysia, ada pemimpin kamu yang telah memerintah selama 20 tahun diundang menemui Paus John Paul II, dan pemimpin kamu telah ditanya tentang pencapaian Benedictine Order di sana.
Paus John Paul II sangat gembira dengan pemimpin kamu yang sukakan orang-orangJepun. ”Dasar pandang ke timur.” Dia selalu mengulang-ulang ayat ini kepada Paus John Paul II. Sebab itulah mengapa orang-orang Islam sengaja dicabar ilmu ini, ilmu itu, mundur ini dan mundur itu, maju ini dan maju itu.Orang-orang kafir sengaja dimajukan supaya orang Islam tersepit dan membuatkan orang-orang Islam merasa “Benedictine Order” suatu keperluan hidup. Orang-orang Islam tidak menyedarinya bahawa mereka bersaing untuk Benedictine Order. Saya seorang bishop harus tahu kata-kata orang Islam yang terkenal seperti “berjaya di dunia dan akhirat,” “menjadi seorang Islam yang cemerlang.” Semua dirancang supaya ia meyakinkan kamu tanpa kami suruh anda berkata seperti itu.
Aku; Jadi, Benedictine Order ni sudah berjaya ke belum? Kalau ia sudah berjaya, Kenapa orang Islam sekarang ni masih mampu mengucap Syahadah?
Bishop; Sebenarnya ia telah dirancang 1000 tahun dahulu semasa zaman seorang paderi yang bernama St.Malachy. Vatican telah merancang bahawa Paus yang ke-111 akan memikul suatu pekerjaan. Maka Kardinal Joseph Ratzinger semasa ditabalkan sebagai Paus yang ke-111, dia diberi nama “Paus Benedict XVI.” Paus terakhir menggunakan nama “Benedict.” Dia Paus yang akan meraikan kejayaan “Benedictine Order.” Kejayaan ini dinamakan sebagai “glory of the olive.” Ya, simbol Benedictine. Apa yang Islam sedang perjuangkan? Bodoh benar orang-orang Islam. Sungguh menakjubkan! Pengikut Nabi Muhammad sebodoh ini.
Aku; Kalau macam ni la keadaannya, orang-orang kafir lagi bodoh sebab dia orang lagi maju. Tapi pasti ada orang-orang Islam yang akan lawan Benedictine Order.
Bishop; Mahukah kamu tahu mengapa Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) akan kelihatan seperti orangg jahat seperti yang saya katakan sebelum ini? Sebab dia menentangBenedictine Order. Ya, setelah umat Islam sendiri mengakui bahawa pekerjaan mereka mendatangkan keselesaan hidup dan mereka berkata “ilmu-ilmu ini dari cendekiawan Islam dahulu, dan lihatlah kawan-kawanku inilah nikmat Islam.” Sebab itulah umat Islam diumpan supaya mereka mempertahankan ilmu-ilmu ini bahawa ia lahir dari sarjana-sarjana Islam. Padahal kami telah mengubah suai ilmu ini sebelum penjajah mengajarkannya kepada kamu.
Apabila Paus Roman Peter II muncul nanti, umat Islam akan dituduh oleh orang-orang kafir bahawa ilmu-ilmu kepunyaan Islamlah yang membawa kerosakan kepada diri mereka. Orang-orang Islam akan dibunuh habis-habisan oleh orang kafir. Gereja tak perlu buat apa pun. Adakah orang-orang Islam yang dikatakan “umat Islam cemerlang” akan meninggalkan semua “kecemerlangan” mereka ketika Muhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) datang untuk mencabut kecemerlangan palsu mereka? Saya fikir tidak! Mereka akan mempertahankan “Benedictine Order.”
Saya izinkan untuk kamu cerita perkara ini kepada orang-orang Islam. Kamu akan lihat mereka akan berkata kepada kamu “kamu dan cerita kamu semuanya tipu belaka.”
Aku; Siapa yang akan kata macam tu pada saya?
Bishop; MEREKA SEMUANYA.

Luahan Peribadi:

(Cantus dan Benedictine macam adik beradik, mereka tidak boleh dipisahkan. Apasal dia kata tak boleh dipisahkan ek… Lupa pulak aku nak tanya dia)
(Seingat aku satu-satunya pemimpin kita yang pernah jumpa Paus John Paul II adalah Dr. Mahathir… Ya.. Sebelum dia letak jawatan, dasar pandang ke timur, 20 tahun perintah…dia la…)
(Sanggup ke kalau korang bakar sijil, diploma and ijazah kehormat korang? Benedictine Order semua tu….)
(Takda bezapun kalau korang tak pakai tali leher,seluar slack dan kemeja.Kerja tetapi sama. Tak buat kerja tak dapat gaji, macam mana nak bagi anak bini makan? Perangkap maut!)
Bahagian ini juga amat menarik.
Sekali lagiBishoptersebut menyebutkan tentangPope Roman Peter II yang akan muncul selepas 111th Pope iaitu Pope Benedict sekarang dan tentang Benedictine Order.
Apabila Paus Roman Peter II muncul nanti, umat Islam akan dituduh oleh orang-orang kafir bahawa ilmu-ilmu kepunyaan Islamlah yang membawa kerosakan kepada diri mereka. Orang-orang Islam akan dibunuh habis-habisan oleh orang kafir. Gereja tak perlu buat apa pun.
Bishop; “Benedictine Order is symbolize by the olive wheat and grain.” dan kamu lihat UN menggunakan simbol Benedictine. Dan para Paus telah membina perjuangan yang akan diselesaikan oleh Paus yang akan datang.

UN
Lambang UN itu sendiri adalah Olive Wheat And Grain. Adakah Bishop ini sengaja mereka cerita tentang UN ini? Oh, tidak. UN adalah antara pelan mereka untuk mewujudkan One World Government tidak lama lagi. Masih ingat lagi slogan 1 Israel? Masih ingat lagi slogan 1 Singapore? Masih ingat lagi slogan 1 Malaysia?
Bishop; Dulu dari kampung kamu, Malaysia, ada pemimpin kamu yang telah memerintah selama 20 tahun diundang menemui Paus John Paul II, dan pemimpin kamu telah ditanya tentang pencapaian Benedictine Order di sana. Paus John Paul II sangat gembira dengan pemimpin kamu yang sukakan orang-orang Jepun. ”Dasar pandang ke timur,” dia selalu mengulang-ulang ayat ini kepada Paus John Paul II.
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan. Ini adalah salah satu tanda kiamat. Keadaan ini bertepatan dengan situasi sekarang. Orang menuntut ilmu kerana mahu mengejar pangkat, kedudukan dan harta! Bertepatan dengan kata-kata Bishop tersebut di bawah:
Bishop; Benedictine Order telah berkuasa terhadap semua manusia di planet ini, tiada siapa dapat melarikan diri. Malah manusia berebut-rebut memilikinya. Mereka sangat menyayangi diri sendiri, malah mereka akan mempertahankan maruah ini dengan apa cara sekalipun. Kami tak perlu buat apa-apapun. Percayalah, seperti ‘Cantus.’ Kami juga memberikan pakaian yang indah kepada mereka ini. mereka benar-benar sukakannya.
Bishop itu juga tidak kisah rahsia sebegini disebarkan kerana dia tahu ramai antara kita tidak percaya dengan semua ini. Ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak percaya. Antaranya ialah minda mereka terlalu lama terpenjara oleh Sistem Al-Masih Dajjal.

Bishop; Saya izinkan untuk kamu cerita perkara ini kepada orang-orang Islam. Kamu akan lihat mereka akan berkata kepada kamu “kamu dan cerita kamu semuanya tipu belaka.”





Tiada ulasan:

Catat Ulasan