Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 20 Mei 2014

Q 148 : HIKMAH BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW

1.Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
2.Menjadi zakat dan pembersih diri.
3.Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
4.Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
5.Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
6.Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
7.Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
8.Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.

Rasulullah SAW bersabda:

“Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah,’ dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.”
(Riwayat Ibni Mas’ud)


Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan selawat dan begitu banyak manfaat daripada Allah Subhanahu Wa Taala disebabkan amalan berselawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan