Cikgu
: Kenapa Alif tak rehat ?
Alif : Mak saya beri 50 sen sehari cikgu.. Kat kantin 50 sen ni dapat beli
nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang, tapi dapat beli
nugget sekeping jaa. Jadi saya kumpul duit hari ni untuk makan hari esok, jadi
saya dapat la makan nugget dengan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa
& Khamis je cikgu (Alif tertunduk malu)
Perasaan
saya mula bercampur baur, sedih & sebak. di zaman 2014 ini masih ada
pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. ramai d antara kita memandang 50 sen
itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.
Cikgu : Kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ya? Alif : Oh!
Hari Jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin, cikgu." jawab
Alif dengan bersahaja. "Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan
bertambah.." Mata saya dah berkaca... Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah
la duit ada 50 sen,, siap boleh sedekah pulak lagi. Ya Allah, limpah kan la
rezeki bagi keluarga pelajarku ini.. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tak
lagi berada dalam kemiskinan.. Huh, macam terpukul sungguh saya, bayangkn duit
50 sen yang diberi untuk makan, dia sedekahkan 50sen untuk tabung sekolah
setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan