Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 31 Disember 2019

U 61 : MAKSUD TAKWA SERTA CIRI-CIRI MEREKA YANG BERTAKWA MENGIKUT FALSAFAH AL QURAN

Allah SWT jadikan manusia lelaki dan perempuan, berbeza bangsa serta kaum untuk saling kenal mengenali serta bekerjasama antara satu sama lain dan mereka yang terbaik dalam kalangan mereka itu adalah mereka-mereka yang bertakwa. Besarnya nilai takwa di sisi Allah SWT.
Apakah maksud 'Takwa' sebenarnya yang dikehendaki oleh Al Quran. Perihal Takwa ini banyak sekali Allah SWT nyatakan di dalam Al Quran. Orang yang bertakwa adalah orang yang paling dikasihi oleh Allah SWT dan dicintai oleh makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT yang lain. Erti 'TAKWA' dari sudut bahasa memang diketahui umum yang mana 'TAKWA' itu membawa maksud 'takut kepada Allah SWT' yakni perasaan takut seorang hamba kepada si Pencipta mereka yakni Allah SWT. Tetapi erti 'takwa' mengikut istilah Al Quran adalah sesuatu yang masih tersembunyi dan perlukan huraian.
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani yang terkenal dengan gelaran Ketua Para Wali Allah, telah mentafsirkan maksud kalimah 'takwa' yang terdapat dalam AL Quran melalui kitabnya yang mashyur "Ghaniat Al Talibi" adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An Nahl ayat 90 iaitu :

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berbuat adil dan ihsan dan menolong mereka yang memperjuangkan keadilan kepada kaum kerabat dan melarang dari perkara keji dan mungkar dan kezaliman. Ia nasihati kamu supaya kamu ingat."
(Surah An Nahl 16: ayat 90 )

Inilah maksud sebenar kalimah 'takwa' mengikut falsafah yang wujud dalam Al Quran. Erti 'takwa' dari sudut terjemahan bahasa yang membawa maksud 'takut kepada Allah SWT' adalah sesuai untnk golongan ahli ketuhanan sahaja. Erti 'takwa' untuk kesemua manusia faham mengikut falsafah Al Quran adalah mereka yang sentiasa melakukan keadilan, mereka yang sentiasa menabur 'ihsan', mereka yang sentiasa menolong kepada golongan yang memperjuangkan keadilan serta mereka itu sentiasa melarang dan menasihati manusia supaya tidak melakukan perkara keji(fashya), perkara mungkar serta perkara yang melahirkan kezaliman( al bagya). Inilah maksud 'takwa' yang sebenarnya mengikut falsafah tafsir AL Quran.
Ciri pertama orang-orang yang bertakwa mengikut falsafah Al Quran berdasarkan ayat di atas ialah mereka yang sentiasa melakukan keadilan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Orang-orang yang sentiasa mengamalkan konsep keadilan dalam setiap tindak tanduk mereka adalah mereka yang mempunyai hati nurani serta jiwa yang tersuci. Mereka dalam golongan ini adalah mereka yang sentiasa zikir ( kenang/ingat ) kepada Allah SWT di dalam hati dan pemikiran mereka setiap masa.
Mereka yang mengamalkan konsep adil ini adalah mereka yang tidak mementingkan diri sendiri dan keluarga mereka sahaja dalam apa jua tindakan dan perbuatan dalam hidup mereka. Mereka yang mengamalkan keadilan dalam hidup mereka adalah mereka yang tidak suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Mereka ini adalah mereka yang sentiasa jujur serta amanah apabila diberi satu-satu tanggungjawab. Mereka yang mempunyai ciri-ciri ini adalah mereka yang bertakwa mengikut acuan yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Al Quran.
Ciri kedua bagi seseorang yang mengamalkan Sifat Takwa di dalam kehidupan mereka adalah mereka yang sentiasa menabur ihsan kepada manusia lain di dalam kehidupan mereka sehari-hari. Menabur ihsan membawa maksud mereka yang sentiasa memberi manfaat kepada manusia lain atau kepada orang ramai. Menabur ihsan atau mengamalkan ihsan juga adalah mereka yang sentiasa membuat kebajikan kepada orang ramai serta membuat kebaikan kepada orang yang berada di sekeliling mereka.
Setiap mereka yang mencapai darjah 'ihsan' ini sebenarnya adalah mereka yang telah sampai ke peringkat kasih yang menjulang-julang di lubuk hati mereka yang dalam terhadap Allah SWT yang mendidiknya. Sifat Mahabbah atau nilai kasih inilah, yang membuatkan mereka sentiasa melakukan kebajikan, manfaat serta kebaikan kepada masyarakat sekeliling mereka. Melalui perasaan kasih yg membuak-buak di dalam hati sanubari mereka itulah telah melahirkan iradat atau kehendak yang tinggi untuk mereka mengamalkan dan melaksanakan kebaikan dalam tindak tanduk perbuatan mereka dalam kehidupan sehari-hari.
Mereka yang mencapai darjah ihsan ini juga adalah mereka yang sentiasa mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama manusia, melangkaui kaum serta agama yang berbeza. Mereka ini adalah termasuk dalam golongan mereka yang bertakwa.
Ciri ketiga bagi mereka yang dikatakan bertakwa mengikut falsafah Al Quran adalah mereka yang sentiasa mengamalkan 'zilqurba' dalam hidup mereka. zilqurba atau semangat cinta bangsa atau kelompok manusia yang memperjuangkan keadilan serta hak-hak asasi dalam kehidupan bagi bangsa, kaum serta negeri dan negara mereka.
Golongan manusia yang bertakwa di sisi Allah SWT ini adalah mereka yang sentiasa membantu dan menolong kepada kumpulan-kumpulan manusia yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran bagi kepetingan umum untuk bangsa dan negara mereka.
Mereka membantu dengan pelbagai cara seperti memberi zakat dan sumbangan berbentuk wang ringgit atau barangan kepada kumpulan-kumpulan tersebut. Mereka juga menolong dengan memberi semangat serta menyumbang tenaga seberapa banyak yang boleh demi satu perjuangan bagi menegakkan keadilan dan kebenaran dalam kehidupan mereka supaya berlaku perubahan ke arah yang lebih baik dalam kehidupan mereka nanti. Inilah juga ciri-ciri mereka yang bertakwa di sisi Allah.
Bagi mereka yang telah melengkapkan ketiga-tiga ciri ini di dalam kehidupan mereka, maka mereka adalah manusia yang sempurna atau 'Insan Kamil' di sisi Allah SWT. Melalui amalan ketiga-tiga ciri ini di dalam kehidupan lah yang membuatkan mereka terselamat dari perkara-perkara 'Fahsya' yakni perkara-perkara keji, terselamat dari perkara-perkara 'mungkar' dan terselamat dari perkara-perkara 'Baghya' iaitu perkara-perkara yang melahirkan kezaliman yang akan membuatkan seseorang itu jatuh ke lembah yang hina lagi menjijikan.
Erti perkara 'fashya' atau keji ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang bercanggah dengan fitrah kemanusiaan. Fitrah kemanusiaan bagi makhluk bernama manusia adalah perkara-perkara atau perbuatan-perbutan yang dapat melahirkan kebahagian, kasih sayang, serta kegembiraan di dalam kehidupan manusia secara bersama. Maka perbuatan 'fashya' adalah perbuatan-perbuatan yang dapat melahirkan permusuhan, pecah belah, kebencian, kemarahan dan melahirkan kerosakkan dalam kehidupan manusia.
Manakala erti perkara 'mungkar' ialah perkara atau perbuatan yang bercanggah dengan akal dan pemikiran yang siuman bagi manusia. Manusia hendaklah menjauhi daripada melakukan kemungkaran serta perlu berpesan-pesan serta nasihat menasihati antara sesama manusia supaya tidak melakukan kemungkaran dalam segala aktiviti kehidupan mereka.
Istilah 'Al Baghya' atau 'kezaliman' pula adalah segala perbuatan atau perlakuan yang bercanggah dengan kebaikan yang dikehendaki dalam satu-satu masyarakat atau jemaah mengikut acuan yang dikehendaki oleh Agama. Mereka yang zalim adalah mereka yang telah mengambil kesempatan apabila mereka telah diberi amanah oleh orang ramai untuk menjaga kepentingan mereka, tetapi mereka telah mengambil kesempatan di atas amanah yang telah diberikan oleh orang ramai dengan perlakuan serta perbuatan yang merugikan orang ramai tetapi dapat menguntungkan, mengkayakan dan memewahkan kehidupan mereka dan keluarga mereka sahaja. Inilah perlakuan atau definasi perbuatan 'Al Bagya' atau perkara yang zalim mengikut definasi Al Quran.
Maka dapat disimpulkan di sini bahawa, tidak cukup bagi manusia untuk mengerti dan memahami akan maksud 'takwa' dengan terjemahan "takut kepada Allah SWT" semata-mata, tetapi perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada seluruh masyarakat manusia kerana matlamat hidup bagi seluruh umat Islam dan seluruh umat manusia di dunia ini adalah untuk mencapai tahap manusia yang bertakwa.
Manusia yang bertakwalah yang dijamin oleh Allah SWT untuk mendapat kebahagian dalam kehidupan mereka di dunia ini dan akan dapat mengecapi nikmat syurga di akhirat kelak nanti. Marilah sama-sama kita ingat mengingati serta nasihat menasihati antara sesama kita agar kita sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan sentiasa berada di dalam kelompok mereka yang bertakwa dan bukanya berada di dalam kelompok mereka yang keji, mungkar dan zalim. Hanya Allah SWT yang mengetahui segala-galanya dan hanya kepada Allah SWT kita berserah.
Alangkah baiknya kalau tuan puan, saudara saudari yang budiman untuk sama-sama share di fb/whatsapp, blog dan lain-lain tulisan ini sebagai satu cara untuk sama-sama menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini. Terima kasih di atas jasa baik kalian semua, Moga Allah SWT memberi rahmat dan keberkatan yang mencurah-curah kepada kalian semua. Aamiin…


U 60 : MENGADULAH KEPADA ALLAH SWT

Perhatikan, berapa ramai manusia yang apabila berada di dalam kesusahan, ia mengadu kesusahannya di hadapan Allah SWT?
Allah SWTlah yang memberikan ujian pada hamba-hambaNya. Bukankah Dia mampu menarik kembali apa yang hambaNya tak sanggup lalui. Atau Allah SWT menunjukkan jalan keluar yang terbaik.
Sesungguhnya jalan yang dilalui oleh para pejuang Islam adalah jalan cinta. Allah SWT menguji hambaNya dengan cinta dan kasih sayangNya. Kerana setiap yang kita lalui itu akan menjadi amal dan ladang pahala bagi kita jika kita terus bersabar dan redha dengan setiap ujian dari Allah SWT.
Untuk apa terus-terusan untuk terus merungut? Kerana kita perlu sedar rungutan tidak mampu untuk mengubah apa-apa. Yang boleh diubah apabila kita bergerak mencari arah dan solusi untuk keluar dari masalah.
Mudah-mudahan dengan Allah SWT memberi kita taufik dan hidayahNya agar kita dapat terus bergerak meluaskan kebaikan dan menambah pahala kita. Kita sedar bahawa kita adalah pendosa, yang mungkin sebahagian besar dosa kita masih tidak diampunkan kerana kita ada dosa dengan manusia yang lainnya.
Ampuni kami yaa Allah, atas khilaf kami.
Tunjukilah kami jalan yang lurus, agar kami dapat ke syurga dengan redhaMu.
Tambahkanlah iman kami agar kami sentiasa dapat mengingatimu.
Hidupkanlah hati kami dengan Iman,
Suburkan hati kami dengan iman,
Dan matikanlah kami dalam iman.
Wahai Tuhan Maha Penerima Taubat.



U 59 : JANGAN MENAFSIR APA YANG DILIHAT/DIDENGAR SECARA LAHIRIAH

Kisah ini mengajarkan kita untuk tidak su'udz dzhon hanya kerana semata-mata melihat sifat lahiriah sesorang. Kisah Sultan Murad ( Sultan Turki Utsmani ) menemukan mayat seorang wali yang semasa hidupnya gemar membeli minuman keras dan mendatangi pelacur.
(Mohon dibaca sampai selesai )

Di dalam buku hariannya Sultan Turki Murad IV mengisahkan, bahawa suatu malam dia merasakan kegalauan yang sangat, ia ingin tahu apa penyebabnya. Maka ia memanggil kepala pengawalnya dan memberitahu apa yang dirasakannya.
Sultan berkata kepada kepala pengawal, "Mari kita keluar sejenak."
Di antara kebiasaan sang Sultan adalah melakukan blusukan
di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun pergi, hingga tibalah mereka di sebuah lorong yang sempit. Tiba-tiba,
mereka menemukan seorang lelaki tergeletak di atas tanah. Sang Sultan menggerak-gerakkan lelaki itu, ternyata ia telah meninggal.
Namun orang-orang yang lalu lalang di sekitarnya tak sedikitpun mempedulikannya. Sultan pun memanggil mereka, mereka tak menyedari kalau orang tersebut adalah Sultan.
Mereka bertanya, "Apa yang kau inginkan?” Sultan menjawab, "Mengapa orang ini meninggal tapi tidak ada satu pun di antara kalian yang mahu mengangkat jenazahnya?
Siapa dia? Di mana keluarganya?"
Mereka berkata, "Orang ini Zindiq, suka menenggak minuman keras dan berzina!" Sultan menimpali, "Tapi, bukankah ia termasuk umat Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam? Ayo angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya."
Mereka pun membawa jenazah lelaki itu ke rumahnya. Melihat suaminya meninggal,
sang isteripun pun menangis. Orang-orang yang membawa jenazahnya langsung pergi, tinggallah sang Sultan dan kepala pengawalnya.
Dalam tangisnya sang isteri berucap pada jenazah suaminya, "Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah. Aku bersaksi bahawa engkau termasuk orang
yang soleh."
Mendengar ucapan itu Sultan Murad kaget. "Bagaimana mungkin dia termasuk wali Allah sementara orang-orang membicarakan tentang dia begini dan begitu,
sampai-sampai mereka tidak peduli dengan kematiannya?"
Sang isteri menjawab, "Sudah kuduga pasti akan begini. Setiap malam suamiku
keluar rumah pergi ke toko-toko minuman keras, dia membeli minuman keras
dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu di bawa ke rumah lalu ditumpahkannya ke dalam toilet, sambil berkata: "Aku telah meringankan dosa kaum muslimin."
"Dia juga selalu pergi menemui para pelacur, memberi mereka wang dan berkata: "Malam ini kalian sudah dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi." "Kemudian ia pulang ke rumah, dan berkata kepadaku: "Alhamdulillah,
malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam."
"Orang-orang pun hanya menyaksikan bahawa ia selalu membeli khamar dan menemui pelacur, lalu mereka menuduhnya dengan berbagai tuduhan dan menjadikannya buah mulut."
Suatu kali aku pernah berkata kepada suamiku, "Kalau kamu mati nanti,
tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatimu dan menguburkan jenazahmu."
Ia hanya tertawa, dan berkata, "Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolati
oleh Sultannya kaum muslimin, para Ulama dan para Wali."
Mendengar itu semua, Sultan Murad pun menangis, dan berkata, "Benar!
Demi Allah, akulah Sultan Murad, dan esok pagi kita akan memandikannya,
mensolatkannya dan menguburkannya."
Demikianlah, akhirnya prosesi penyelenggaraan jenazah lelaki itu dihadiri
oleh Sultan, para Ulama, para Wali Allah dan seluruh masyarakat.
(Kisah ini diceritakan kembali oleh Syeikh Al Musnid Hamid Akram Al Bukhary dari Mudzakkiraat Sultan Murad IV)

Hikmah yang dapat kita ambil dari kisah ini:
Jangan suka menilai orang lain dari sisi lahiriahnya saja. Atau menilainya berdasarkan ucapan orang lain. Terlalu banyak yang tidak kita ketahui tentang seseorang.
Apalagi soal yang tersimpan di tepian paling jauh di dalam hatinya.
Kedepankan prasangka baik terhadap saudaramu. Boleh jadi orang yang selama ini kita anggap sebagai calon penduduk neraka, ternyata penghuni Firdaus
yang masih melangkah di bumi.
Jadi, berhentilah berprasangka dan menggunjing seseorang sekalipun orang itu sangat kita kenal.


Ahad, 29 Disember 2019

U 58 : NASIHAT DAN BERILAH PERINGATAN


Jika harus menunggu jadi orang suci berdakwah, dakwah tak akan pernah ada.
Seandainya yang melarang dari dosa harus orang yang tidak terlepas dari dosa dan yang memerintahkan kebaikan harus orang yang sudah melakukan kebaikan semua, maka tidak ada lagi yang melarang dari keburukan dan mengajak kebaikan kecuali Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Perhatikan lah hadist ini, mengapa kita perlu saling menasihati dan memberi peringatan satu sama lain, kerana peringatan itu sangat berguna bagi orang mukmin.

"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat."
(HR Bukhari)

“Barangsiapa yang menunjukki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." 
(HR. Muslim no. 1893)


U 57 : CARA ALLAH SWT MEMUSNAHKAN RIBA

RIBA MEMBUNUHMU

Riba merupakan dosa besar yang sangat membahayakan. Di antara bahayanya, ia dapat memusnahkan harta pelakunya. Lalu bagaimanakah cara Allah Subhaanahu Wa Ta'ala memusnahkan harta riba? Berikut ini penjelasan singkatnya. Semoga bermanfaat.


*أنواع محق الله للربا*


Macam-Macam Cara Allah Subhaanahu Wa Ta'ala Memusnahkan Riba


للشيخ أ.د سليمان الرحيلي.


Oleh Syaikh Prof. Sulaiman ar-Ruhaili _hafizhahullah_


قال ابن عباس رضي الله عنهما في معنى قوله تعالى ﴿يمحق الله الربا﴾ قال:
لايقبل منه صدقة ولا جهاداً ولا حجاً ولا صلةً، أي بمال الربا .


Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata, ketika menafsirkan firman Allah Subhaanahu Wa Ta'ala, "Allah memusnahkan riba" : Allah Subhaanahu Wa Ta'ala tidak menerima sedekah, jihad, haji dan silaturahim darinya, yakni -yang dilakukan- dengan harta riba.


فالمحق أنواع:

Kemusnahan -riba- bermacam-macam :


النوع الأول: المحق الحسِّي للمال.

كأن يسلط الله على مالهِ ما يُفنيه، مثل أن يسلط عليه مرضاً، فيُصرف هذا المال في التداوي، أو يُمرِض أهلهُ أو يُسلط عليه من يسرقه، أو من ينصب عليه، أو نحو ذلك وهذه عقوبة حسية.


Pertama :

Kemusnahan harta secara konkrit/Nampak.

Seperti Allah Subhaanahu Wa Ta'ala menguasakan sesuatu yang dapat memusnahkan hartanya.

Contohnya :
Allah Subhaanahu Wa Ta'ala memberinya penyakit, lalu ia menghabiskan hartanya untuk berubat, atau Allah Subhaanahu Wa Ta'ala menjadikan keluarganya yang sakit, atau menakdirkan seorang mencuri atau menggelapkan hartanya, atau perbuatan semacamnya. Ini merupakan hukuman secara konkrit/nampak.


النوع الثاني: المحق المعنوي للمال. بأن يجعل المرابي يرى نفسه فقيرا.

يزرع الله في قلبه البخل، فيجعل فقره بين عينيه، فيكون المال عنده كثيراً ولكنه يرى نفسه فقيراً، ومهما امتلأت الخزائن اشتد فقره في نفسه فلا يسعد بالمال، بل كلما كثر هذا المال زاد همه ولاينتفع به ولا ينفع به ولا يرتاح حتى يموت، وهذا محق معنوي. وقد قال أهل العلم: هذا أشد فقراً من الفقير، لأن الفقير ما عنده، لكن هذا عنده ولا ينتفع ولا يسعد ولا يستفيد.


Kedua :

Kemusnahan harta secara maknawi. Seperti Allah Subhaanahu Wa Ta'ala menjadikan pelaku riba itu merasa dirinya selalu kekurangan. 

Allah Subhaanahu Wa Ta'ala menanamkan di hatinya sifat bakhil, menjadikan kekurangan selalu di depan matanya. Sebenarnya hartanya melimpah, namun ia merasa dirinya selalu kekurangan. Sebanyak apapun perbendaharaan hartanya, rasa kekurangannya dalam dirinya semakin besar. Sehingga ia merasa tidak bahagia dengan harta itu. Bahkan, semakin banyak hartanya, semakin besar pula kegundahannya. Ia merasa tidak boleh mengambil manfaat dari harta itu dan harta itu tidak pula memberinya manfaat. Ia pun tidak merasa nyaman dengannya sampai meninggal dunia. Inilah kemusnahan secara maknawi. 

Para ulama berkata : 
Hal ini lebih parah dari pada kondisi orang fakir. Sebab orang fakir tidak punya apa-apa. Sedangkan dirinya punya apa-apa. Tapi ia tidak boleh mengambil manfaat dari hartanya, tidak merasa bahagia dan tidak dapat mengambil faedah darinya.


والنوع الثالث: المحق المعنوي للمال بإذهاب بركته:

بمحق البركة فلا تكون فيه بركة، ويبقى شره، لأن كل مال يكسبه الإنسان فيه شر تذهبه الزكاة والصدقة إلا الربا فإنه لا بركة فيه، ولا يذهب شره فيبقى شره ولا تناله بركة فيتمحض شراً على صاحبه.


Ketiga :
Kemusnahaan harta secara maknawi dengan dicabut keberkahannya.

Iaitu dengan dimusnahkan keberkahannya, sehingga hartanya tidak berkah, dan yang tersisa adalah keburukannya. Sebab setiap harta yang dihasilkan seseorang ada keburukan padanya, yang dapat dihilangkan dengan zakat dan sedekah, kecuali riba. Riba tidak ada keberkahan padanya, dan tidak akan hilang keburukannya, akan terus ada keburukan tersebut, dan tidak dapat diambil keberkahannya. Sehingga murni berbuah keburukan bagi pelakunya.


النوع الرابع: المحق المعنوي بمنع صاحبه أن ينفقه في الخير.

بأن لا ينفق منه صاحبه في الخير، ينفق على نفسه وعلى أسرته في لذائذ الدنيا ولكنه لا ينفق في الخير.


Keempat :
Kemusnahan maknawi yang dapat mencegah pelakunya menggunakan harta itu untuk kebaikan.

Pelakunya tidak dapat menggunakan harta itu untuk kebaikan. Ia membelanjakan harta itu untuk diri dan keluarganya untuk meraih kelazatan dunia, namun ia tidak menggunakannya untuk kebaikan. 


[المصدر: ضوابط الربا للشيخ سليمان الرحيلي (حفظه الله) صـ ٢٦ ، ٢٧ ]


Sumber : 

"Kitab Dhawabith ar-Riba", karya Syaikh Sulaiman ar-Ruhaili _hafizhahullah_ hal. 26-27.


📌قناة فوائد الشيخ أ.د.سليمان الرحيلي.


Chanel Telegram Syaikh Sulaiman : t.me/Drsuleiman
Semoga Allah Subhaanahu Wa Ta'ala menghindarkan kita dari riba dengan segala bentuk dan macamnya.
Aamiin.



U 56 : BERLUMBA-LUMBA MELAKUKAN KEBAIKAN

Rasulullah ﷺ memerintahkan kita agar melihat orang yang berada di bawah kita dalam masalah kehidupan dunia dan mata pencaharian. Tujuan dari hal itu, agar kita tetap mensyukuri nikmat yang telah Allah عزوجل berikan kepada kita. Nabi ﷺ melarang seorang Muslim melihat kepada orang yang di atas. Maksudnya, jangan melihat kepada orang kaya, banyak harta, kedudukan, jabatan, gaji yang tinggi, kenderaan yang mewah, rumah mewah dan lain-lainnya.

Dalam kehidupan dunia terkadang kita melihat kepada orang-orang yang berada di atas kita. Hal ini merupakan kesalahan yang fatal. Dalam masalah tempat tinggal, misalnya, terkadang seseorang hidup bersama keluarganya dengan "mengontrak rumah," maka dengan keadaannya ini hendaklah ia bersyukur kerana masih ada orang-orang yang tidak memiliki tempat tinggal dan tidur beratapkan langit. Begitu pun dalam masalah penghasilan.

Sedangkan dalam masalah agama, ketaatan, pendekatan diri kepada Allah عزوجل, meraih pahala dan syurga, maka sudah seharusnya kita melihat kepada orang yang berada di atas kita, iaitu para nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada, dan orang-orang yang soleh. Apabila para salafush-soleh sangat bersemangat dalam melakukan solat, puasa, sedekah, membaca Al-Qurân, dan perbuatan baik lainnya, maka kita pun harus berusaha melakukannya seperti mereka. Dan inilah yang dinamakan berlumba-lumba dalam kebaikan. Dalam masalah berlumba-lumba meraih kebaikan ini, Allah عزوجل berfirman ; "Dan untuk yang demikian itu, hendaknya orang berlumba-lumba."
(QS. Al-Muthaffifîn : 26)

Rasulullah ﷺ memerintahkan kita melihat kepada orang yang berada di bawah kita dalam masalah dunia, agar kita menjadi orang-orang yang bersyukur dan qana’ah, iaitu merasa cukup dengan apa yang Allah عزوجل telah kurniakan kepada kita, tidak hasad dan tidak iri kepada manusia.

Apabila seorang muslim hanya mendapatkan makanan untuk hari yang sedang ia jalani sebagai kenikmatan yang paling besar baginya. Rasulullah ﷺ telah menyinggung hal ini dalam sabdanya; "Siapa saja di antara kalian yang merasa aman di tempat tinggalnya, diberikan kesihatan pada badannya, dan ia memiliki makanan untuk harinya itu, maka seolah-olah ia telah memiliki dunia seluruhnya."
(HR. At-Tirmidzi)

Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas


U 55 : KAMI (ALLAH SWT) KEMBALIKAN SIFATNYA ASALNYA

Sukses seseorang adalah :

Pada umur 4 tahun, Sukses adalah kalau kita tidak berak kencing dalam seluar.
Pada umur 7 tahun, Sukses adalah kalau kita tahu jalan pulang ke rumah.
Pada umur 12 tahun, Sukses adalah kalau kita punya banyak teman.
Pada umur 17 tahun, Sukses adalah kalau kita bboleh mendapatkan KTP dan SIM.
Pada umur 23 tahun, Sukses adalah kalau kita lulus Perguruan Tinggi.
Pada umur 25 tahun, Sukses adalah kalau kita sudah dapat pekerjaan.
Pada umur 30 tahun, Sukses adalah kalau kita berhasil membangun Keluarga.
Pada umur 35 tahun, Sukses adalah kalau kita sudah boleh hidup mapan.
Pada umur 45 tahun, Sukses adalah kalau kita mampu menjaga kelihatan awet muda.
Pada umur 50 tahun, Sukses adalah kalau didikan kita terhadap anak membuahkan hasil.
Pada umur 60 tahun, Sukses adalah kalau kita masih mampu mengendarai atau mengemudikan kendaraan.
Pada umur 65 tahun, Sukses adalah kalau kita hidup tanpa mengidap penyakit.
Pada umur 70 tahun, Sukses adalah kalau kita merasa tidak menjadi beban.
Pada umur 75 tahun, Sukses adalah kalau kita masih punya banyak teman.
Pada umur 80 tahun, Sukses adalah kalau kita masih tahu jalan pulang ke rumah.
Pada umur 85 tahun, Sukses adalah kalau kita tidak berak kencing di dalam seluar.

LHOO ... KOK BALIK LAGI YAA??

Perhatikan ayat 68 Surah YA-SIN :

"Barangsiapa Kami panjangkan umurnya, Kami kembalikan sifatnya (semula). Maka tiadakah mereka mengerti?"

(it's so natural, so..... enjoy our life cycle!!)




U 54 : ANDA MAHU TAHU TAHUN HIJRIAH KELAHIRAN ANDA?

Masehi
Hijiri
Umur
1948
1369
72
1949
1370
71
1950
1371
70
1951
1372
69
1952
1373
68
1953
1374
67
1954
1375
66
1955
1376
65
1956
1377
64
1957
1378
63
1958
1379
62
1959
1380
61
1960
1381
60
1961
1382
59
1962
1383
58
1963
1384
57
1964
1385
56
1965
1386
55
1966
1387
54
1967
1388
53
1968
1389
52
1969
1390
51
1970
1391
50
1971
1392
49
1972
1393
48
1973
1394
47
1974
1395
46
1975
1396
45
1976
1397
44
1977
1398
43
1978
1399
42
1979
1400
41
1980
1401
40
1981
1402
39
1982
1403
38
1983
1404
37
1984
1405
36
1985
1406
35
1986
1407
34
1987
1408
33
1988
1409
32
1989
1410
31
1990
1411
30
1991
1412
29
1992
1413
28
1993
1414
27
1994
1415
26
1995
1416
25
1996
1417
24
1997
1418
23
1998
1419
22
1999
1420
21
2000
1421
20
2001
1422
19
2002
1423
18
2003
1424
17
2004
1425
16
2005
1426
15
2006
1427
14
2007
1428
13
2008
1429
12
2009
1430
11
2010
1431
10
2011
1432
9
2012
1433
8
2013
1434
7
2014
1435
6
2015
1436
5
2016
1437
4
2017
1438
3
2018
1439
2
2019
1440
1
2020
1441
0