Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 1 Januari 2020

U 67 : 7 GOLONGAN DINAUNGI ALLAH SWT


 

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد


Tazkirah subuh


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ: الإِمَامُ الْعَادِلُ, وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ, وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ, وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ, وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ, وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ, وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ.

Daripada Abu Hurairah, daripada Nabibersabda

"Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya: 
1. Pemimpin yang adil, 
2. Seorang pemuda yang sentiasa ibadah kepada Rabbnya,
3. Seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid,
4. Dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah SWT: mereka tidak bertemu kecuali kerana Allah SWT dan berpisah kerana Allah SWT, 
5. Seorang lelaki yang diajak berbuat zina oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata: 'Aku takut kepada Allah', 
6. Seorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya,
7. Seorang lelaki yang berzikir kepada Allah SWT seorang diri hingga ia menangis.

Pesanan :
1. Keutamaan 7 golongan tersebut, iaitu mendapat naungan Allah SWT di hari akhir.
2. Hadis ini memotivasi kita agar menjadi setidak-tidaknya satu dari tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan kelak.

Sahih al-Bukhari – 620

وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين،
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين





Tiada ulasan:

Catat Ulasan