Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 29 Disember 2019

U 53 : JANGAN MENGANGGAP DIRI PALING SUCI

Janganlah kita menganggap diri kita akan selamat dari dosa dan maksiat hanya kerana baru mengenal 'Dakwah Ahlus Sunnah.' Allah Subhaanahu Wa Ta'ala berfirman;

“Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.”
[QS. An-Najm: 32]

Ini yang dialami oleh kita-kita tatkala sudah lama belajar agama. Merasa diri sudah lebih dari orang lain dan lebih faham dari yang lain. Padahal kekurangan kita teramat banyak. Maksiat kecil-kecilan bahkan yang besar masih dilakuni. Ilmu yang telah kita pelajari pun sedikit yang diamalkan.

Bahkan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan para Salaf pun tidak menganggap diri suci. Adakah keraguan pada diri kita, bahawa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah manusia yang paling sempurna keimanannya?

Sekali-kali tidak. Kita amat meyakini kesempurnaan iman Beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam. Akan tetapi, kesempurnaan iman Beliau tidak membuat Beliau merasa dirinya suci dan bosan dalam beribadah. Meski telah dijamin syurga, akan tetapi Beliau tetap solat malam hingga bengkak kakinya. Lalu bagaimana dengan kita..?! Masih layakkah menganggap diri kita suci..?!

Wallahu a'lam bi shawwab.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan