Allah SWTlah
yang memberikan ujian pada hamba-hambaNya. Bukankah Dia mampu menarik kembali
apa yang hambaNya tak sanggup lalui. Atau Allah SWT menunjukkan jalan keluar
yang terbaik.
Sesungguhnya
jalan yang dilalui oleh para pejuang Islam adalah jalan cinta. Allah SWT
menguji hambaNya dengan cinta dan kasih sayangNya. Kerana setiap yang kita
lalui itu akan menjadi amal dan ladang pahala bagi kita jika kita terus
bersabar dan redha dengan setiap ujian dari Allah SWT.
Untuk apa
terus-terusan untuk terus merungut? Kerana kita perlu sedar rungutan tidak
mampu untuk mengubah apa-apa. Yang boleh diubah apabila kita bergerak mencari
arah dan solusi untuk keluar dari masalah.
Mudah-mudahan
dengan Allah SWT memberi kita taufik dan hidayahNya agar kita dapat terus
bergerak meluaskan kebaikan dan menambah pahala kita. Kita sedar bahawa kita
adalah pendosa, yang mungkin sebahagian besar dosa kita masih tidak diampunkan
kerana kita ada dosa dengan manusia yang lainnya.
Ampuni kami
yaa Allah, atas khilaf kami.
Tunjukilah
kami jalan yang lurus, agar kami dapat ke syurga dengan redhaMu.
Tambahkanlah
iman kami agar kami sentiasa dapat mengingatimu.
Hidupkanlah
hati kami dengan Iman,
Suburkan hati
kami dengan iman,
Dan
matikanlah kami dalam iman.
Wahai Tuhan
Maha Penerima Taubat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan