Setelah sepanjang hari emak
buat macam-macam kerja yang meletihkan. Ibuku meletakkan di hadapan ayahku roti
bakar tetapi telah hangus.
Ayahku menghulur tangan,
mengambil cebisan roti sambal tersenyum manis ke arah ibuku.
Kemudian ayahku mengajukan
soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.
Aku sudah lupa apa jawapan
aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat
ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.
Saat aku bangun meninggalkan
meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia
membakarnya.
Dan aku tidak akan lupa
jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku.
"Sayang, jangan risau
tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih
lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.”
Ketika lewat malam, saat aku
ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah
suka makan roti dibakar sampai hangit."
Ayahku merangkul aku ke
dadanya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:
Anakku, hari ini ibumu telah
melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagipun. Roti yang dibakar
lebih daripada biasa, hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.
Hidup ini memang penuh dengan
kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Kita perlu belajar
membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap
terbuka dengan keaiban orang lain.
Ini antara perkara penting
dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.
Jangan sampai roti yang
hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada
orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.
Asyik membantah akan
mematikan kelazatan sesuatu perkara.
Sebab itulah pokok yang
ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya.
Begitulah perumpamaan
seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia
negatif.
Pujilah kebaikan orang sekeliling
kamu, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama
anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati. Jom. Kita fikir yang
baik-baik. Cakap yang baik-baik. Dengar yang baik-baik.
Yang baik-baik saja.
Yang baik-baik saja.
http://bossjohnbravo.blogspot.com/2017/01/kisah-roti-hangit-yang-perlu-dijadikan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan