Jadilah seorang yang baik
meskipun engkau tidak dilayan dengan baik. Antara ungkapan Ibn al-Qayyim yang
paling indah:
"Seseorang kawan rapat
tidak berkongsi kesakitan denganmu. Seorang kekasih tidak menanggung
keperitanmu. Seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga malam.
Ambil beratlah tentang dirimu sendiri. Jagalah ia. Pimpinlah ia. Jangan kamu
layan peristiwa yang berlaku melebihi kadar yang sepatutnya. Pastikan dengan
sebenar-benarnya. Ketika engkau bersedih, tiada yang boleh menenangkanmu
kecuali dirimu sendiri. Ketika engkau
tewas, tiada yang boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri. Kemampuanmu untuk
bangkit semula tiada yang memilikinya selain dirimu.
Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia. Carilah ia dalam jiwa kamu sendiri. Bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan. Bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yang dikatakan kepadamu tiada kesan mudaratnya lagi.
Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia. Carilah ia dalam jiwa kamu sendiri. Bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan. Bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yang dikatakan kepadamu tiada kesan mudaratnya lagi.
Usahlah kamu tanggung beban
keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah SWT. Usah jua kamu pikul
beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah SWT dan usahlah jua
kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan kerana ia adalah di Tangan Allah
SWT. Yang perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu
bagaimana hendak melakukan perkara yang meredhakan Allah SWT kerana bila engkau
meredhakan Allah SWT, Dia akan meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai untukmu.
Janganlah kamu berputus asa dengan kehidupan yang menyebabkan hatimu menangis.
Sebaliknya, katakanlah: "Yaa Allah! Gantikanlah untukku dengan kedua-dua
kebaikan di dunia dan akhirat.
Kedukaan itu akan hilang dengan
satu sujud. Manakala kegembiraan akan datang dengan satu seruan. Allah SWT
tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah engkau buat atau keresahan
yang telah engkau tolong hilangkan atau mata yang hampir menangis yang engkau
tolong ceriakan.
Hiduplah di atas prinsip:
Jadilah seorang yg baik, meskipun engkau tidak dilayan dengan baik. Bukan
kerana mereka, tetapi kerana Allah SWT suka kepada orang yang baik."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan