Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 29 Disember 2019

U 51 : AGAR TETAP ISTIQAMAH


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ


YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII 'ALAA DIINIKA

"Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu."
[HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Al-Hakim]

“Doa ini merupakan doa yang paling banyak dibaca Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.”
(Ummu Salamah radhiyallahu 'anha, istri Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam)

Istiqamah adalah menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri mahupun ke kanan.

Istiqamah ini mencakup pelaksanaan semua bentuk ketaatan (kepada Allah) lahir, batin dan meninggalkan semua bentuk laranganNya.

Inilah pengertian istiqamah yang disebutkan oleh Ibnu Rajab Al Hambali.

Firman Allah SWT,

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ


“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah,” kemudian mereka istiqamah pada pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan):
“Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.”
(QS. Fushilat : 30)

Yang dimaksud dengan istiqamah di sini terdapat tiga pendapat di kalangan ahli tafsir:

[1] Istiqamah di atas tauhid, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Bakr Ash Shidiq dan Mujahid,
[2] Istiqamah dalam ketaatan dan menunaikan kewajipan Allah SWT, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Al Hasan dan Qotadah,
[3] Istiqamah di atas ikhlas dan dalam beramal hingga maut menjemput, sebagaimana dikatakan oleh Abul ‘Aliyah dan As Sudi.

Dan sebenarnya istiqamah boleh mencakup tiga tafsiran ini kerana semuanya tidak saling bertentangan.

Ayat di atas menceritakan bahawa orang yang istiqamah dan teguh di atas tauhid dan ketaatan, maka malaikat pun akan memberi kabar gembira padanya ketika maut menjemput dan janganlah takut dan janganlah bersedih.
keep istiqamah...

@kitabdoa 
di Jln Mulawarman Manggar Balikpapan Kaltim.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan