Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 29 Disember 2019

U 57 : CARA ALLAH SWT MEMUSNAHKAN RIBA

RIBA MEMBUNUHMU

Riba merupakan dosa besar yang sangat membahayakan. Di antara bahayanya, ia dapat memusnahkan harta pelakunya. Lalu bagaimanakah cara Allah Subhaanahu Wa Ta'ala memusnahkan harta riba? Berikut ini penjelasan singkatnya. Semoga bermanfaat.


*أنواع محق الله للربا*


Macam-Macam Cara Allah Subhaanahu Wa Ta'ala Memusnahkan Riba


للشيخ أ.د سليمان الرحيلي.


Oleh Syaikh Prof. Sulaiman ar-Ruhaili _hafizhahullah_


قال ابن عباس رضي الله عنهما في معنى قوله تعالى ﴿يمحق الله الربا﴾ قال:
لايقبل منه صدقة ولا جهاداً ولا حجاً ولا صلةً، أي بمال الربا .


Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata, ketika menafsirkan firman Allah Subhaanahu Wa Ta'ala, "Allah memusnahkan riba" : Allah Subhaanahu Wa Ta'ala tidak menerima sedekah, jihad, haji dan silaturahim darinya, yakni -yang dilakukan- dengan harta riba.


فالمحق أنواع:

Kemusnahan -riba- bermacam-macam :


النوع الأول: المحق الحسِّي للمال.

كأن يسلط الله على مالهِ ما يُفنيه، مثل أن يسلط عليه مرضاً، فيُصرف هذا المال في التداوي، أو يُمرِض أهلهُ أو يُسلط عليه من يسرقه، أو من ينصب عليه، أو نحو ذلك وهذه عقوبة حسية.


Pertama :

Kemusnahan harta secara konkrit/Nampak.

Seperti Allah Subhaanahu Wa Ta'ala menguasakan sesuatu yang dapat memusnahkan hartanya.

Contohnya :
Allah Subhaanahu Wa Ta'ala memberinya penyakit, lalu ia menghabiskan hartanya untuk berubat, atau Allah Subhaanahu Wa Ta'ala menjadikan keluarganya yang sakit, atau menakdirkan seorang mencuri atau menggelapkan hartanya, atau perbuatan semacamnya. Ini merupakan hukuman secara konkrit/nampak.


النوع الثاني: المحق المعنوي للمال. بأن يجعل المرابي يرى نفسه فقيرا.

يزرع الله في قلبه البخل، فيجعل فقره بين عينيه، فيكون المال عنده كثيراً ولكنه يرى نفسه فقيراً، ومهما امتلأت الخزائن اشتد فقره في نفسه فلا يسعد بالمال، بل كلما كثر هذا المال زاد همه ولاينتفع به ولا ينفع به ولا يرتاح حتى يموت، وهذا محق معنوي. وقد قال أهل العلم: هذا أشد فقراً من الفقير، لأن الفقير ما عنده، لكن هذا عنده ولا ينتفع ولا يسعد ولا يستفيد.


Kedua :

Kemusnahan harta secara maknawi. Seperti Allah Subhaanahu Wa Ta'ala menjadikan pelaku riba itu merasa dirinya selalu kekurangan. 

Allah Subhaanahu Wa Ta'ala menanamkan di hatinya sifat bakhil, menjadikan kekurangan selalu di depan matanya. Sebenarnya hartanya melimpah, namun ia merasa dirinya selalu kekurangan. Sebanyak apapun perbendaharaan hartanya, rasa kekurangannya dalam dirinya semakin besar. Sehingga ia merasa tidak bahagia dengan harta itu. Bahkan, semakin banyak hartanya, semakin besar pula kegundahannya. Ia merasa tidak boleh mengambil manfaat dari harta itu dan harta itu tidak pula memberinya manfaat. Ia pun tidak merasa nyaman dengannya sampai meninggal dunia. Inilah kemusnahan secara maknawi. 

Para ulama berkata : 
Hal ini lebih parah dari pada kondisi orang fakir. Sebab orang fakir tidak punya apa-apa. Sedangkan dirinya punya apa-apa. Tapi ia tidak boleh mengambil manfaat dari hartanya, tidak merasa bahagia dan tidak dapat mengambil faedah darinya.


والنوع الثالث: المحق المعنوي للمال بإذهاب بركته:

بمحق البركة فلا تكون فيه بركة، ويبقى شره، لأن كل مال يكسبه الإنسان فيه شر تذهبه الزكاة والصدقة إلا الربا فإنه لا بركة فيه، ولا يذهب شره فيبقى شره ولا تناله بركة فيتمحض شراً على صاحبه.


Ketiga :
Kemusnahaan harta secara maknawi dengan dicabut keberkahannya.

Iaitu dengan dimusnahkan keberkahannya, sehingga hartanya tidak berkah, dan yang tersisa adalah keburukannya. Sebab setiap harta yang dihasilkan seseorang ada keburukan padanya, yang dapat dihilangkan dengan zakat dan sedekah, kecuali riba. Riba tidak ada keberkahan padanya, dan tidak akan hilang keburukannya, akan terus ada keburukan tersebut, dan tidak dapat diambil keberkahannya. Sehingga murni berbuah keburukan bagi pelakunya.


النوع الرابع: المحق المعنوي بمنع صاحبه أن ينفقه في الخير.

بأن لا ينفق منه صاحبه في الخير، ينفق على نفسه وعلى أسرته في لذائذ الدنيا ولكنه لا ينفق في الخير.


Keempat :
Kemusnahan maknawi yang dapat mencegah pelakunya menggunakan harta itu untuk kebaikan.

Pelakunya tidak dapat menggunakan harta itu untuk kebaikan. Ia membelanjakan harta itu untuk diri dan keluarganya untuk meraih kelazatan dunia, namun ia tidak menggunakannya untuk kebaikan. 


[المصدر: ضوابط الربا للشيخ سليمان الرحيلي (حفظه الله) صـ ٢٦ ، ٢٧ ]


Sumber : 

"Kitab Dhawabith ar-Riba", karya Syaikh Sulaiman ar-Ruhaili _hafizhahullah_ hal. 26-27.


📌قناة فوائد الشيخ أ.د.سليمان الرحيلي.


Chanel Telegram Syaikh Sulaiman : t.me/Drsuleiman
Semoga Allah Subhaanahu Wa Ta'ala menghindarkan kita dari riba dengan segala bentuk dan macamnya.
Aamiin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan