Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 2 Januari 2020

U 74 : TANDA-TANDA LALAI


Dengar di Radio IKIM. Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang lalai. Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda lalai.
Tanda-tanda lalai antaranya:

1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah:
     - Tidak fokus,
     - Sering terlupa bilangan rakaat,
     - Melewatkan solat,
     - Kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan dan di meja makan serta menonton tv.
5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram.
9. Tangguh untuk bertaubat.
10. Malu untuk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut:
Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak kita dgn Al-Quran._
Pesan Ustaz:
Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia (nak baca).

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca al Quran.
2. 'Bunuh' kebaikan yang kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab lalai:
1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai.
3. Berada dalam persekitaran 'rosak'. (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam. (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan lain-lain.

Cara-cara mengatasi lalai:
1. Cari sahabat yang baik dan soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam untuk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir dan taubat.
5. Rajin baca al Quran.
6. Bersangka baik pada orang lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi SAW.
11. Bersabar bersyukur dan bertawakkal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan