Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 1 Januari 2020

U 66 : IBADAHLAH DENGAN IKHLAS

1~Suatu hari, Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan. 
Ada seekor anjing duduk di hadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.
Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya. "Adakah anjing ini kepunyaan kamu?" Jawab lelaki itu: "Bukan." "Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?" Dia menjawab: "Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."
Umar bertanya lagi.....
"Kamu hamba atau merdeka?" "Hamba milik seorang Bani Asim." Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu berserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata: "Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."
Lelaki itu berkata.....
"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."
Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut. Beliau bertanya: "Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"
Dia berkata:
"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, namun aku kedekut kepada Nya."
"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."
-Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani-

Apakah kalian bimbang miskin untuk bersedekah setelah adanya jaminan daripada Allah SWT bahawa mereka yang mendermakan hartanya ke jalan Allah SWT akan digantikan dengan yang lebih baik oleh Allah SWT? Firman Allah SWT :

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ.

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."

Maka, perbanyakkanlah sedekah.

2. Bawalah 'ibadah' di dalam urusan harian, Allah SWT bukan hanya wujud ketika solat, doa dan puasa tetapi di setiap ketika, maka mengapa watak seseorang boleh berbeza ketika ibadah dan waktu lainnya?

Rasakan 'pandangan' Allah SWT di kelas, layari internet, tempat kerja, perjumpaan, majlis, ziarah dll. Jika hidup kita merasa dilihat nescaya kita mampu melihat urusan dunia dengan pandangan ‘tembus’, tatkala itu, hidup menuju tenang lagi bahagia, dunia dan akhirat In Shaa Allah.

3. Carilah kemanisan di dalam beribadah. Sekiranya tidak menemuinya, carilah lagi sehingga menemui kemanisan tersebut. Tetapi sekiranya tidak juga menemui kemanisan di dalam beribadah, maka 'audit'lah diri.
'Audit' lah apa yang kita makan, minum, mata yang melihat, telinga yang mendengar, mulut yang bercakap, fikiran yang cabul dan kesemuanya itu bila ia bermaksiat, maka terhalanglah diri dalam mendapatkan kemanisan dalam beribadah. Kerana maksiat itu menghilangkan kemanisan ibadah.
Kemanisan dalam beribadah itu penting dalam meraih Cinta Allah SWT. Mereka yang sentiasa merasai kemanisan beribadah, jiwanya akan tenang bahkan sentiasa sahaja ada kekuatan untuknya beribadah sedang orang lain telah lelah kepenatan.
Maka bilamana seseorang itu sampai pada tahap Cintanya dia kepada Allah SWT, tidak sekali kali dia akan sanggup kehilangan Cinta tersebut malahan ibadahnya juga digandakan demi Cinta Allah SWT itu tidak pudar dan hilang.

4. Mengingkari kemurahan Allah SWT adalah dari kalangan orang yang tidak mengenang budi. Firman Allah SWT :

وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا كُلُّ خَتَّارٍ كَفُورٍ.

"Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi."
[Surah Luqman 32]

5. Menghormati syiar agama Allah SWT juga adalah sifat bagi orang yang bertaqwa. Firman Allah SWT :

ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ.

"Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.”
[Surah Al-Hajj 32]

Perkongsian Tazkirah untuk diri dan kita semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan