AL RAFI’ ( الرافع )
ALLAH Yaa Rafi’ Yang Maha Meninggikan
atau Mengangkat mampu meninggikan seseorang mengikut pilihanNYA. DIA mampu
meninggikan seseorang samada semasa hidup atau selepas mati. Perjuangan manusia
semasa hidup akan dinikmati oleh generasi akan datang sementara kemaksiatan
juga akan menghinakan generasi akan datang.
Hamba Yaa Rafi’ sentiasa sedar bahawa ada
kuasa yang sentiasa mengendalikan hidupnya dan apabila diuji, dia yakin bahawa
selepas kesukaran pasti ada kemudahan. Apabila dihina oleh manusia, dia juga
yakin bahawa ALLAH Yaa Rafi’ akan meninggikan darjat selagi mana dia bertaqwa
kepadaNYA.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Khofidh Yaa Rofi',
sesungguhnya Engkau Maha Menjatuhkan dan Maha Menaikkan. Setiap kejatuhan
samada jatuh jawatan, jatuh bisnes, jatuh status dan sebagainya, semuanya itu
perbuatanMu Yaa Allah Yaa Khofidh. Engkau menjatuh kami kerana kasihMu Yaa
Rahman Yaa Rahim kepada kami kerana ketika berada di atas kami sering lalai
kepadaMu, sombong, riak dan ujub, dan kejatuhan itu membuat kami insaf diri
kami yang dhaif dan lemah serta hina ini Yaa Allah.
Kejatuhan itu juga merupakan kerihatan
dari tanggungjawab yang berat yang mana Engkau mengetahui betapa penatnya kami
selama ini, kejatuhan itu memberi kami peluang mendekatkan diri kepadaMu untuk
mencari secebis cintaMu Yaa Wadud. Di sebalik setiap kejatuhan di sisi manusia
merupakan kenaikan olehMu Yaa Rofi' di sisiMu, masukkan rasa redha dan syukur
Yaa Qodir Yaa Muqtadir Yaa Syakur dalam jiwa kami atas setiap peristiwa
kejatuhan yang Engkau Yaa Khofidh datangkan dalam hidup kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan