AL KHABIR ( الخبير )
ALLAH Yaa Khabir Yang Maha Waspada
sentiasa berwaspada terhadap tingkahlaku manusia. Sekiranya manusia tersasar,
maka akan diperbetulkan untuk berpatah balik ke jalan yang benar.
Penghayatan kepada sifat Al Khabir akan
melahirkan manusia yang sentiasa berwaspada dengan kehadiran, penglihatan dan
kewaspadaan ALLAH. Mereka akan mengelakkan diri daripada perkara-perkara dosa,
kemaksiatan dan kemarahan ALLAH. Khalifah Yaa Khabir juga akan waspada dengan
kemaksiatan anak-anaknya, suami/isterinya, sahabat-sahabatnya dan orang-orang
sekelilingnya dengan mengingati serta menasihati mereka agar kembali ke jalan
yang benar ketika mereka melakukan kesalahan dan dosa.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Khabir Yang Maha Waspada.
Sesungguhnya Engkau sentiasa berwaspada terhadap kami, ketika kami mula
berjalan di atas jalan Neraka, Engkau Yaa Khabir sentiasa menarik kami kembali
di atas jalan Syurga. Ketika Engkau melihat hambaMu terleka dengan dunia yang
melalaikan ini, Engkau Yaa Khabir menarik kami hampir kepadaMu dengan pelbagai
peristiwa yang menjauhkan kami dari dunia dan mendekatkan diri kepadaMu.
Engkau sentiasa mewaspadakan kami tentang kampung akhirat yang kami akan tuju,
agar bekalan kami nanti cukup di sana.
Ketika datang perasaan sombong diri dalam
hati kami tentang kehebatan yang Engkau kurniakan, Engkau Yaa Qohhar Yaa Khabir
menundukkan ego dan kesombongan kami dengan pelbagai kesempitan. Ketika kami
tidur lena di pagi hari dan hidup bersantai-santai, Engkau Yaa Khabir
mewaspadakan kami dengan bantal dan tilam Neraka dan minuman Neraka, agar masuk
rasa gerun dalam jiwa ini, dengan itu kami bangkit untuk sujud kepadaMu. Engkau
Yaa Khabir waspadakan kami sentiasa dari tipudaya syaitan dengan menarik kami
ke dalam golongan mukhlisin yang dipelihara olehMu Yaa Hafiz Yaa Muhaimin. Kami
bersyukur atas kewaspadaanMu terhadap diri kami, Yaa Baaqi Yaa Khabir, kekalkan
kami dalam kewaspadaan sentiasa agar kami sentiasa dalam redhaMu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan