AL MUDZIL ( المذل )
ALLAH Yaa Mudzil Yang Maha Menghinakan
berhak dan berkuasa menghinakan seseorang dan tiada siapa yang terlepas
daripadaNYA. Sekiranya dihina ALLAH, tiada siapa yang dapat memuliakannya.
ALLAH Yaa Mudzil menghina manusia yang melampaui batas, zalim, mementing diri
sendiri dan sombong. ALLAH Subhanahu Wata'ala juga menghina manusia ketika
mereka menjauhiNYA, melakukan laranganNYA dan tidak menghiraukan perintahNYA
dan ketika manusia lebih takut kepada manusia daripada murka ALLAH Subhanahu
Wata'ala.
Hamba ALLAH Yaa Mudzil akan sentiasa
mendekatkan diri dengan ALLAH, mengerjakan perintahNYA dan menjauhi
laranganNYA. Hamba Yaa Mudzil juga adalah manusia yang merendah diri sesama
manusia dan mengganggap manusia itu sama dan tidak boleh membangga diri.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Muiz Yaa Mudzil, sesungguhnya Engkau
Maha Memuliakan dan Menghinakan. Setiap kemuliaan, pujian, anugerah adalah
kurniaanMu Yaa Muiz sebagai tanda Engkau memuliakan dan menghargai setiap
pengorbanan hambaMu dan Engkau juga memuliakan kami pada pandangan mata manusia
agar dengan kemuliaan ini, kami mampu mengajak manusia kepada jalanMu, namun
kadangkala kemuliaanMu itu membuat kami lalai dan datangnya riak dan ujub
apabila manusia mula mengagumi kami, maka Engkau Yaa Mudzil mendatangkan
peristiwa kehinaan, fitnah dan keaiban kepada kami agar menginsafi bahawa diri
kami ini dicipta dari tanah yang hina. Tanpa kemuliaan kurniaanMu Yaa Muiz,
kami akan hina dan dipandang hina. Kehinaan yang Engkau kurniakan kepada kami
juga akan mengelakkan manusia mengagungkan dan memuja kami kerana yang hanya
layak dipuja adalah Engkau Yaa Hamid Yaa Dzal Jalaa liwal ikhram Yang Maha
Terpuji dan Pemilik Seluruh Kemuliaan Dan Keagungan di alam buana ini. Yaa
Allah Yaa Muiz Yaa Mudzil, kurniakan kami rasa syukur dan redha atas setiap
peristiwa yang memuliakan kami mahupun yang menghinakan kami, kami tidak
mengharapkan kemuliaan manusia, kami hanya mengharapkan kemuliaan disisiMu di
akhirat nanti, kurnia kami kekuatanMu Yaa Aziz Yaa Qowiy Yaa Matin dalam mengharungi
kehidupan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan