1061. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Solat
jemaah adalah lebih utama dari solat fadz
yakni sendirian dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat."
(Muttafaq
'alaih)
1062.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Solatnya
seseorang lelaki dalam jemaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi solatnya
di rumahnya secara sendirian munfarid atau di pasarnya dengan dua puluh lima
kali lipatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana bahawasanya apabila seseorang
itu berwuduk lalu memperbaguskan cara wuduknya, kemudian keluar ke masjid,
sedang tidak ada yang menyebabkan keluarnya itu melainkan kerana hendak bersolat,
maka tidaklah ia melangkah sekali langkah, melainkan dinaikkanlah untuknya sedarjat
dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan. Selanjutnya apabila ia bersolat,
maka para malaikat itu sentiasa mendoakan untuknya supaya ia memperoleh
kerahmatan Allah, selama masih tetap berada di tempat solatnya, juga selama ia
tidak berhadas. Ucapan malaikat itu ialah: "Ya Allah, berikanlah
kerahmatan pada orang itu; ya Allah, belas-kasihanilah ia." Orang tersebut
dianggap berada dalam solat, selama ia menantikan solat jemaah."
(Muttafaq
'alaih)
Ini
adalah lafaznya Imam Bukhari.
1063.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Ada
seorang lelaki buta matanya datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya
Rasulullah, saya ini tidak mempunyai seorang pembimbing yang dapat membimbing
saya untuk pergi ke masjid," lalu ia meminta kepada Rasulullah s.a.w.
supaya diberi kelonggaran untuk bersolat di rumahnya saja, kemudian beliau
s.a.w. memberikan kelonggaran padanya. Setelah orang itu menyingkir, lalu
beliau s.a.w. memanggilnya dan berkata padanya: "Adakah engkau mendengar
azan solat?" Orang itu menjawab: "Ya, mendengar." Beliau s.a.w.
bersabda lagi: "Kalau begitu, kabulkanlah isi azannya itu."
Maksudnya: Datanglah untuk mengikuti jemaah,
kalau menghendaki banyak fadhilah.
(Riwayat
Muslim)
1064.
Daripada Abdullah, ada yang mengatakan:
Yang Bermaksud : 'Amr
bin Qais yang terkenal dengan sebutan Ibnu Ummi Maktum, seorang muazzin r.a.
bahawasanya ia berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Madinah
ini banyak sekali binatang melatanya seperti ular, kala dan Iain-Iain juga
banyak binatang buasnya." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apakah engkau mendengar ucapan Hayya 'alas shalah dan Hayya 'alal
falah? maksudnya: Apakah engkau
mendengar bunyi azan? Kalau memang mendengar, maka marilah datang ke tempat berjemaah."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan.
Hayyahalan
ertinya marilah datang.
1065.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Demi
Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, nescayalah saya telah
bersengaja hendak menyuruh supaya diambilkan kayu bakar, lalu dicarikanlah kayu
bakar itu, kemudian saya menyuruh supaya solat dilakukan dengan dibunyikan azan
dahulu untuk solat tadi, selanjutnya saya menyuruh seseorang lelaki untuk menjadi
imamnya orang banyak dalam solat jemaah itu, seterusnya saya sendiri pergi ke
tempat orang-orang lelaki yang tidak ikut berjemaah untuk saya bakar saja
rumah-rumah mereka itu."
(Muttafaq
'alaih)
1066.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a.,katanya:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa
yang senang kalau menemui Allah Taala esok pada hari kiamat dalam keadaan
Muslim, maka hendaklah ia menjaga solat-solat fardhu ini di waktu ia dipanggil
untuk mendatanginya yakni jika sudah mendengar azan, sebab sesungguhnya Allah
telah mensyariatkan kepada Nabimu semua s.a.w. beberapa jalan petunjuk dan
sesungguhnya solat-solat itu adalah termasuk sebahagian dari jalan-jalan
petunjuk tersebut. Andaikata engkau semua sama bersolat dalam rumah-rumahmu
sendiri sebagaimana solatnya orang yang suka meninggalkan jemaah itu, yakni
yang bersolat dalam rumahnya, nescayalah engkau semua telah meninggalkan sunnah
Nabimu, selanjutnya jikalau engkau semua telah meninggalkan sunnah Nabimu, maka
nescayalah engkau semua tersesat. Sungguh-sungguh saya telah melihat sendiri
bahawa tidak ada seorangpun yang suka meninggalkan solat-solat itu dengan berjemaah
melainkan ia adalah seorang munafik yang dapat dimaklumi kemunafikkannya.
Sungguh ada pula seseorang itu yang didatangkan untuk menghadiri solat jemaah
itu, ia disandarkan antara dua orang lelaki sehingga ia ditegakkan di dalam saf
kerana ia mengetahui betapa besar fadilahnya solat berjamaah itu."
(Riwayat
Muslim)
Dalam
lain riwayat Imam Muslim disebutkan, katanya:
"Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. itu mengajarkan kepada kita akan jalan-jalan petunjuk dan
sesungguhnya termasuk salah satu dari jalan-jalan petunjuk itu ialah melakukan
solat di masjid yang diazankan di situ yakni solat-solat yang dilakukan dengan
jemaah.”
1067.
Daripada Abuddarda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang Bermaksud : "Tiada
tiga orangpun Maka dari itu, hendaklah engkau semua tetap menjaga jemaah, sebab
hanyasanya serigala itu dapat makan dari kambing yang jauh yakni yang terpencil
dari kawanannya."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan.
“Yang
berada dalam suatu kampung atau suatu desa yang di kalangan mereka tidak
didirikan solat jemaah, melainkan syaitan telah dapat memenangkan mereka itu.
Maka dari itu, hendaklah engkau semua tetap menjaga jemaah, sebab hanyasanya
serigala itu dapat makan dari kambing yang jauh yakni yang terpencil dari
kawanannya."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan