1140.
Daripada Zaid bin Arqam r.a. bahawasanya ia melihat sekelompok kaum beberapa
orang sama melakukan solat Dhuha lalu ia berkata: "Apakah,
orang-orang tidak mengetahui bahawa solat Dhuha di waktu selain ini adalah
lebih utama, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Solatnya
orang-orang yang bertaubat itu ialah jikalau anak-anak unta itu telah merasa
panas matahari."
(Riwayat
Muslim)
Tarmadhu dengan fathahnya ta' dan mim dan
dengan dhad mu'jamah, iaitu sangat panas, sedang alfishal ialah
jama'nya fashil iaitu anak unta yang masih kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan