1079.
Daripada Jabir bin Samurah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah
s.a.w. keluar pada kita semua, lalu bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tidak dapatkah engkau semua berbaris sebagaimana
berbarisnya para malaikat disisi Tuhannya?" Kita lalu berkata: "Ya
Rasulullah, bagaimanakah cara para malaikat itu berbaris di sisi
Tuhannya?" Beliau s.a.w. bersabda: "Mereka menyempurnakan saf-saf
permulaan yakni tidak berdiri di saf kedua sebelum sempurnanya saf pertama dan
tidak di saf ketiga sebelum sempurnanya saf kedua dan seterusnya, juga mereka
itu saling rapat-merapatkan saf-saf itu."
(Riwayat
Muslim)
1080.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Andaikata para manusia itu mengetahui betapa
besarnya pahala azan dan menempati saf pertama, kemudian tidak dapat memperoleh
jalan untuk itu melainkan dengan mengadakan undian, nescayalah mereka itu akan
mengadakan undian."
(Muttafaq
'alaih)
1081.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sebaik-baiknya saf bagi kaum lelaki ialah saf
pertamanya, sedang seburuk-buruknya saf bagi mereka ialah saf yang penghabisan.
Adapun sebaik-baiknya saf bagi kaum wanita ialah saf penghabisan, sedang
seburuk-buruknya saf bagi mereka ialah saf pertamanya."
(Riwayat
Muslim)
1082.
Daripada Abu Said r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. melihat di
kalangan sahabat-sahabatnya ada kemunduran yakni ada orang-orang yang suka
berdiri di saf belakang saja, lalu beliau s.a.w. bersabda kepada mereka: "Majulah
engkau semua lalu ikutilah saya dan hendaknya mengikuti engkau semua
orang-orang yang sesudahmu itu. Tidak henti-hentinya sesuatu kaum itu suka
membelakang, sehingga mereka akan dibelakangkan pula oleh Allah.” Maksudnya
kalau orang itu gemar membelakang dalam kemuliaan, tentu dibelakangkan oleh
Allah dalam pemberian kerahmatan.
(Riwayat
Muslim)
1083.
Daripada Abu Mas'ud r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. pernah mengusap bahu-bahu kita
dalam solat lalu bersabda: "Ratakanlah olehmu semua saf-saf itu
dan jangan berselisih seperti ada yang lebih maju atau lebih mundur, sebab
hati-hatimupun akan berselisih pula. Hendaknya mendampingi saya orang-orang
yang dewasa dan yang berakal cukup di antara engkau semua itu, kemudian
orang-orang yang mendekati mereka yakni yang tarafnya ada di bawahnya, kemudian
orang-orang yang mendekati mereka yakni yang tarafnya di bawah mereka
lagi."
(Riwayat
Muslim)
1084.
Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Ratakanlah saf-safmu semua itu, kerana
sesungguhnya meratakan saf-saf itu termasuk tanda kesempurnaan solat."
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat Imam Bukhari disebutkan:
"Kerana meratakan saf-saf itu adalah termasuk tanda didirikannya
solat."
1085.
Daripada Anas r.a. pula, katanya: "Solat telah diiqamati, kemudian
Rasulullah s.a.w. menghadap kepada kita semua dengan wajahnya lalu bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tetaplah engkau semua mendirikan saf-saf kamu
semua itu dan rapatkanlah saf-saf tadi, kerana sesungguhnya saya ini dapat
melihat engkau semua dari belakang punggungku."
Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dengan lafaznya dan juga oleh Imam Muslim yang semakna dengan
itu. Dalam riwayat Imam Bukhari disebutkan pula:
"Seorang dari kita menempelkan bahunya dengan bahu kawannya dan
juga kakinya dengan kaki kawannya yakni amat rapat sekali."
1086.
Daripada an-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Nescayalah engkau semua harus meratakan saf-safmu
itu atau kalau tidak suka meratakan saf-saf, maka nescayalah Allah akan
memperselisihkan antara muka-muka hatimu yakni menjadi umat yang suka
bercerai-cerai."
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat Imam Muslim disebutkan:
Yang
Bermaksud : “Bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu meratakan antara
saf-saf kita, sehingga seolah-olah diratakannya barisan anak panah. Demikianlah
sehingga beliau meyakinkan bahawa kita semua telah mengerti benar-benar akan
cara meratakan saf-saf itu. Selanjutnya pada suatu hari beliau s.a.w. keluar
lalu berdiri sehingga hampir saja akan bertakbir, lalu melihat ada seorang yang
dadanya menonjoh ke muka saf, kemudian beliau s.a.w. bersabda:
"Hai hamba-hamba Allah, nescayalah engkau semua harus meratakan
saf-safmu atau nescayalah Allah akan memperselisihkan antara muka-muka
hatimu."
1087.
Daripada al-Bara' bin 'Azib radhiallahu 'anhuma, katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. mengisikan sela-sela saf dari
arah sini ke arah situ, sehingga dada-dada dan bahu-bahu kita saling mengusap
antara yang seorang dengan lainnya. Beliau s.a.w. bersabda:
"Janganlah engkau semua berselisih yakni terlampau maju atau
terlampau mundur dari saf, maka hal itu akan menyebabkan berselisihnya
hati-hatimu semua." Beliau s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya Allah
dan malaikatnya menyampaikan kerahmatan pada saf-saf permulaan."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan.
1088.
Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Tetaplah mendirikan saf-saf dengan rata,
samakanlah letaknya antara bahu-bahu, tutuplah semua sela yang kosong dan
bersikap haluslah dengan tangan saudara-saudaramu yakni jikalau diajak maju
atau mundur untuk meratakan saf-saf. Janganlah engkau semua meninggalkan
kekosongan-kekosongan untuk diisi oleh syaitan. Barangsiapa yang merapatkan saf,
maka Allah akan merapatkan hubungan dengannya dan barangsiapa yang memutuskan
saf yakni tidak suka mengisi mana-mana yang tampak kosong, maka Allah
memutuskan hubungan dengannya."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih
1089.
Daripada Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Rapatkanlah saf-saf kamu semua, perdekatkanlah
jarak antara saf-saf itu yang sekiranya antara kedua saf itu kira-kira tiga
hasta dan samakanlah letaknya antara leher-leher. Maka demi Zat yang jiwaku ada
di dalam genggaman kekuasaanNya, sesungguhnya saya nescayalah dapat melihat
syaitan itu masuk di sela-sela kekosongan saf, sebagaimana halnya kambing
kecil."
Hadis
shahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad menurut syarat Imam Muslim.
Alhadzaf dengan ha' muhmalah
dan dzal mu'jamah yang keduanya difathahkan, lalu fa' ialah
kambing kecil, hitam warnanya yang ada di Yaman.
1090.
Daripada Anas r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;
Yang
Bermaksud : "Sempurnakanlah saf yang termuka dahulu, kemudian
yang ada di belakangnya itu lalu yang ada di belakangnya lagi. Maka mana yang
masih kurang rapatnya, hendaklah itu ada di saf yang terbelakang sendiri."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan,
1091.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya menyampaikan
kerahmatan pada saf-saf yang sebelah kanan."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad menurut syaratnya Imam Muslim, tetapi di
dalamnya ada seorang lelaki yang masih diperselisihkan dapatnya dipercaya oleh
para ahli Hadis.
1092.
Daripada al-Bara' r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Kita semua apabila bersolat di belakang Rasulullah
s.a.w., maka kita semua senang kalau berada di sebelah kanannya. Beliau
menghadap kepada kita dengan wajahnya, lalu saya mendengar beliau s.a.w.
mengucapkan doa yang ertinya: "Ya Tuhan, lindungilah saya dari
siksaMu pada hari Engkau menghidupkan sesudah mati yakni pada hari kiamat atau
pada hari Engkau mengumpulkan hamba-hambaMu."
(Riwayat
Muslim)
1093.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
Bermaksud : "Pertengahkanlah imam yakni antara makmum yang
berdiri di sebelah kanan dan di sebelah kiri hendaklah sama banyaknya, sehingga
imam itu tempatnya ada di tengah dan tutuplah sela-sela yang kosong."
(Riwayat
Abu Daud)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan