Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 14 Jun 2013

Bab 205 Anjuran Melakukan Solat Witir Dan Uraian Bahawa Solat ini Adalah Sunnah yang Dikukuhkan Serta Uraian Mengenai Waktunya




1129. Daripada Ali r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Solat witir itu bukannya wajib sebagaimana solat yang difardhukan, tetapi Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat itu dan bersabda:
"Sesungguhnya Allah itu Maha Witir yakni ganjil, maka lakukanlah solat witir iaitu yang rakaatnya ganjil, hai ahli al-Quran."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan

1130. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Dari seluruh malam itu Rasulullah s.a.w. sungguh-sungguh telah melakukan witir yakni waktu berwitir beliau s.a.w. tidak tertentu waktunya, iaitu di permulaan malam, di pertengahan malam, di akhir malam dan berakhirlah waktu witir beliau s.a.w. itu sampai waktu sahur hampir menyingsingnya fajar shadiq." 
(Muttafaq 'alaih)

1131. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Jadikanlah solat witir itu sebagai akhir solatmu di waktu malam."
(Muttafaq 'alaih)

1132. Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Berwitirlah engkau semua sebelum engkau semua berpagi-pagi yakni sebelum terbitnya fajar shadik." 
(Riwayat Muslim)

1133. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. melakukan solatnya di waktu malam, sedang ia yakni Aisyah iaitu isterinya melintang antara kedua tangannya yakni di mukanya. Maka jikalau tinggal mengerjakan witir, beliau s.a.w. membangunkannya, lalu Aisyahpun berwitirlah."
(Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Muslim lainnya disebutkan: 

Yang Bermaksud : "Maka jikalau tinggal mengerjakan witir, lalu beliau s.a.w. bersabda: "Bangunlah dan berwitirlah, hai Aisyah."

1134. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Dahuluilah solat Subuh itu dengan witir maksudnya' Bangunlah sebelum waktunya solat Subuh lalu berwitirlah dulu."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi, dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1135. Daripada Jabir r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang takut kalau tidak bangun di akhir malam, maka hendaklah berwitir di permulaan dan barangsiapa lupa hendak bangun di akhir malam, maka hendaklah berwitir di akhir malam, kerana sesungguhnya solat akhir malam itu disaksikan oleh para malaikat dan yang sedemikian itulah yang lebih utama." 

(Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan