Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 11 Jun 2013

Bab 197 Meringankan Dua Rakaat Fajar Sunnah Sebelum Subuh, Uraian Apa Yang Dibaca Dalam Kedua Rakaat Itu Serta Uraian Perihal Waktunya





1101. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha: 

Yang Bermaksud : "Bahawasanya Nabi s.a.w. bersolat dua rakaat yang ringan sekali antara azan dan iqamah dari solat Subuh."
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam-imam Bukhari dan Muslim disebutkan pula: 

Yang Bermaksud : Beliau s.a.w. bersolat dua rakaat fajar, lalu meringankan kedua rakaatnya, sehingga saya bertanya, apakah beliau s.a.w. itu juga membaca Ummul Quran yakni surat al-Fatihah.

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: 

Yang Bermaksud : Beliau s.a.w. bersolat dua rakaat fajar, jikalau telah mendengar azan dan meringankan kedua rakaat itu.

Dalam riwayat lain lagi juga disebutkan: 

Yang Bermaksud : Jikalau telah terbit fajar.

1102. Daripada Hafshah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu apabila muazzin sudah berazan dan Subuh yakni fajar shadik sudah terbit, beliau s.a.w. lalu bersolat dua rakaat yang ringan." 
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu apabila fajar telah terbit, maka beliau s.a.w. tidak bersolat melainkan dua rakaat yang ringan."

1103. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. itu bersolat di waktu malam dua rakaat, dua rakaat, lalu melakukan witir pada waktu akhir malam. Beliau s.a.w. juga bersolat dua rakaat sebelum solat Subuh dan seolah-olah azan itu ada di dekat kedua telinganya." 
(Muttafaq 'alaih)

1104. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu dalam rakaat pertama dari kedua buah rakaat fajar sebelum Subuh itu membaca: “Qulu amanna billahi wa ma unzila ilaina,” iaitu ayat dalam surat al-Baqarah ayat 136 dan di rakaat akhirnya membaca: Amanna billahi wasyhad bianna muslimun.” surat ali-lmran ayat 52.
Dalam riwayat lain disebutkan: "Dalam rakaat akhirnya membaca: "Ta'alau ila kalimatin sawain bainana wa bainakum”  surat ali-lmran ayat 64.
Diriwayatkan kedua Hadis di atas itu oleh Imam Muslim.

1105. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu membaca dalam kedua rakaat fajar, iaitu: Qul ya ayyuhal kafirun untuk rakaat pertama dan Qul huwallahu ahad  untuk rakaat kedua. 
(Riwayat Muslim)

1106. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya meneliti Nabi s.a.w. selama sebulan, beliau s.a.w. dalam dua rakaat sebelum Subuh itu membaca: Qul ya ayyuhal kafirun untuk rakaat pertama dan Qul huwallahu ahad untuk rakaat kedua."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan